Adab makan yang baik
2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan
seboleh-bolehnya dengan sabun.
3. Sebelum makan hendaklah membaca `Bismillah…"
4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan
dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan
terdapat aliran yang dipanggil `bio-current' yang apabila tersentuh
dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan
dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang
disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila
hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.
6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu
kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan
memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri
rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu
makan.
9. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan,
memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
10. Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan
dari terdedah.
11. Berpegang pada prinsip `makan untuk hidup dan beribadah, bukan
hidup untuk makan'.