Falsafah kejayaan
Dengan minat yang mendalam kita dapat memberi sepenuh tumpuan ke atas setiap kerja yang dilakukan, justeru menjamin kejayaan sesuatu tugas. Minat yang mendalam juga boleh mengatasi kekurangan ilmu kerana apabila kita bekerja dengan penuh minat kita sanggup bertungkus-lumus mempelajari sesuatu sehingga faham sepenuhnya.
Manusia cemerlang menanam minat yang mendalam ke atas sesuatu perkara yang sedang dilakukan. Orang yang berminat melakukan sesuatu kerja tanpa mengenal erti penat lelah. Istilah bosan, susah, letih dan berputus asa tidak ada dalam kamus hidup mereka. Mereka sentiasa nampak bertenaga melakukan sesuatu kerja yan diminati.
Sebagai contoh seorang jurulukis ditugaskan untuk mengendalikan sebuah rancangan di radio. Sudah pasti apa yang disampaikan tidak berkesan dan sambutan menjadi hambar kerana dia lebih berminat dengan kerja-kerja lukisan. Jadi jika ingin berjaya, ceburkan diri dalam kerja yang anda diminati.