Gunung Annapurna di Nepal
Menakluki puncak tertinggi dunia menjadi impian setiap pendaki gunung seantero dunia, apatah lagi jika mampu menjejakkan kaki di atas 'atap dunia' di Banjaran Himalaya iaitu Gunung Everest di Nepal.
Pencapaian tertinggi dalam dunia pendakian itu dianggap 'lesen besar' di kalangan pendaki kerana kehebatan cabarannya sepanjang perjalanan ke puncak.
Namun, Nepal masih mempunyai banyak kawasan pendakian lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Gunung Annapurna yang mempunyai ketinggian 6,983 meter dari paras laut dan tersenarai dalam 10 gunung tertinggi dunia.
Semuanya itu mampu memberikan kepuasan kepada pendaki menjamah pengalaman berharga di banjaran Himalaya terutama bagi pendaki tegar.
Satu kumpulan pendaki dari Malaysia dikenali sebagai GTF (Geng Take Five) turut menyahut cabaran merasai sendiri cabaran mencapai puncak Annapurna April lalu.
Jejak ke Annapurna Base Camp (ABC) bermula dari lapangan terbang di Kathmandu iaitu ibu negara Nepal yang menjadi pintu masuk ke gerbang pengembaraan tanpa had di Banjaran Himalaya. Mereka menaiki bas ke Pokhara, bandar yang menjadi laluan pertama ke ABC.
ABC berada pada ketinggian 4,130 meter iaitu kem pertama yang mesti dilalui pendaki yang ingin menakluki Gunung Annapurna.
Sepanjang perjalanan merentasi banjaran, mereka dihidangkan dengan pelbagai pemandangan cantik daripada segi landskap muka bumi serta cara hidup dan budaya penduduk tempatan.
Dari Pokhara, pendaki boleh menaiki van atau teksi ke Fhedi iaitu 'check point' di mana pendaki akan memulakan langkah ke ABC yang memakan masa tujuh hari enam malam pergi balik. Di sini sherpa atau potter akan memainkan peranan membantu membawa beg pendaki serta peralatan.
Pendaki hanya perlu membawa beg kecil mengandungi baju hujan, air dan bekalan makanan ringan sebagai bekalan tenaga sepanjang perjalanan. Pekan yang menjadi laluan pendaki bergantung kepada pilihan masing-masing, antaranya Pothana, Jhinu, Sinuwa, Bamboo, Himalaya dan Deurali.
Menariknya penduduk di situ masih menggunakan cara tradisional menanam padi dan gandum yang menjadi makanan utama mereka. Mereka menggunakan baja organik daripada lembu serta seladang peliharaan dan boleh dikatakan kehidupan mereka langsung tidak disentuh permodenan.
Ketua ekspedisi, Mohd Zaifullah Mustafa, 35, berkata semakin jauh perjalanan, semakin banyak pemandangan indah boleh dilihat di sepanjang banjaran.
"Macam-macam kami jumpa dan lihat. Daripada gunung yang hijau puncaknya bertukar kepada gunung diliputi salji, daripada penduduk bercucuk tanam kepada penduduk yang menyara hidup mencari kayu api atau bekerja sebagai sherpa.
"Memang tiada kenderaan memasuki laluan ini kecuali keldai sekali gus menjadikan khidmat sherpa bukan saja diperlukan pendaki asing tetapi penduduk tempatan untuk mendapatkan bekalan harian mereka," katanya.
Himalaya bermula apabila semua gunung berakhir. Walau di manapun trek dipilih, majoriti laluan adalah pada ketinggian 1,000 meter dan 3,000 meter daripada paras laut. Kebanyakan masa pendaki akan dihabiskan pada ketinggian 1,500 hingga 2,000 meter.
Mendaki pada ketinggian ini akan mendedahkan kepada 'Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu keadaan menyebabkan pendaki dipengaruhi faktor ketinggian. Antara tandanya ialah pening, loya, gayat, keletihan melampau, sesak nafas, kurang selera makan dan sakit kepala.
Dari Deurali ke Machapuchee Base Camp (MBC), suhu mula turun dan suhu waktu malam mencecah antara 2 Celsius hingga -9 Celcius. Bahkan, jika cuaca buruk, salji juga akan turun di sini.
Pada hari ketiga pendakian, mereka sampai ke MBC yang turut menempatkan kabin untuk pendaki bermalam. Disebabkan kabin di ABC sudah penuh, mereka hanya naik ke ABC sebelum turun semula ke MBC untuk bermalam.
Laluan dari MBC ke ABC sentiasa diliputi salji tetapi tahap ketebalannya bergantung kepada musim. Ketika inilah penting pendaki mematuhi arahan pemandu pelancong untuk mengelak mereka tersalah trek kerana kemungkinan laluannya licin dan berlubang.
INFO: Sejarah pendakian di Nepal
Nepal mula membuka laluan ke gunung ganang ini kepada pendaki seluruh dunia pada tahun 1949
Bagaimana ke sana
Peserta boleh menggunakan khidmat World Vision Travel & Tours berpangkalan di Thamel, Kathmandu, Nepal. (www.worldvisiontours.com)
NEPAL PLANET TREKS - YOUR TRIP PLANNER
Holiday in Nepal, Tibet & Bhutan
Nepal Planet Treks and Expeditions focuses on exceptional customer support and service at value-for-money costs.
We offer personally customized itineraries and activities tailored to the requirements of the client.
Specializing in organizing tours, trekking, mountain expeditions, peak climbing, rafting, paragliding, bungee jumping, cycling and sightseeing in Nepal, we are your best choice for your trip to this wonderful country
The friendly team members of Nepal Planet Treks and Expeditions consist of highly experienced adventure travel and mountain experts with high levels of practical knowledge about all that Nepal has to offer the visitor.
Contact us with your requirements and we will have pleasure in sending you an ideal itinerary with costing.
We make sure that you will get the most wonderful time of your life when you travel with Nepal Planet Treks…we promise you.