Kenapa perlu update Antivirus?
Apakah itu update?
Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.
Antivirus kena update tak?
Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.
Kenapa perlu update antivirus?
Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.
Perlukah saya update antivirus setiap hari?
Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus setiap hari adalah melecehkan, lebih-lebih lagi jika komputer anda tidak mempunyai sambungan Internet. Cadangan saya, update antivirus anda sekurang-kurangya sebulan sekali.
Kalau antivirus saya out-of-date, dah tak boleh guna dah ke?
Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date. Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.
Bagaimana nak update antivirus?
Jika komputer anda mempunyai sambungan Internet, proses update akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download update bagi antivirus di cyber cafe, kemudian letakkan pada komputer anda secara manual.
Sakam saudara m adha
Tiada masalah untuk saudara atau mana-mana yang mengunjungi blog saya untuk kitar semula foto yang diambil.
Untuk makluma, foto di dalamblog saya adalah hakmilik, hakcipta dari saya sendiri dan menggunakan kamera saya sendiri. Jadi, tidak timbul dari segi ciplak atau kebenaran atau apa jua yang berkaitan dengan hakmilik.
Apa-apapun, terimakasih jika ada mana-mana artikel dalam blog saya, boleh dimanafaat atau digunakan dalam blog saudara.
Note: Pada mereka yang gemar memuaturun pelbagai perisian percuma atau trial di internet, awas juga jika perisian itu menyamar sebagai antivirus. Kerana ada perisian percuma ini, sebenarnya adalah virus...