Top Ad 728x90

Republik Arab Mesir

Republik Arab Mesir merupakan sebuah negara yang luas iaitu meliputi 1,002,00 kilo-meter persegi di Benua Afrika. Namun begitu hanya 4 % daripada tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang amat sesuai untuk pertanian sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit.

Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah (muhafazah). Penduduknya 48 juta lebih dan 18 juta daripadanya tinggal di bandaraya Kaherah. Tanaman utama negara ini ialah kapas yang merupakan 1/3 daripada hasil negaranya. Sementara padi menjadi tanaman yang kedua terbesar.

Secara amnya, suhu di Republik Arab Mesir ini di antara 7 - 40 darjah Celcius. Terdapat empat musim yang terdiri daripada:

Musim Sejuk November - Januari
Musim Bunga Februari - April
Musim Panas Mei - Julai
Musim Luruh Ogos - Oktober

Agama Islam menjadi agama rasmi negara dengan dijadikan undang-undang Islam sebagai sumber perundangan. Sebanyak 94% penduduk adalah beragama Islam dan bakinya beragama Kristian. Namun begitu, agama lain turut diberikan kebebasan untuk diamalkan. Bahasa rasmi negara ini ialah Bahasa Arab sementara Bahasa lnggeris dan Bahasa Perancis menjadi bahasa kedua.

Sara hidup di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini berikutan Dasar Ekonomi Terbuka yang diamalkan oleh kerajaan sekarang yang menyebabkan meningkatnya kadar sewa rumah dan harga barang-barang keperluan seharian.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90