Top Ad 728x90

Fahami definisi hari raya

Tidak berapa hari lagi umat Islam akan selesai menunaikan ibadat puasa selepas sebulan menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Sepanjang tempoh itu juga umat Islam berusaha menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Orang yang beriman tentunya berasa sedih apabila Ramadan akan berakhir kerana belum tentu mereka akan dapat menunaikan ibadat tersebut pada tahun depan.

Seperti fitrahnya tempoh sebulan itu akan pergi juga dan kehadiran Hari Raya Aidilfitri turut ditunggu-tunggu oleh umat Islam selepas selesai berpuasa. Bagaimanapun, hari raya bukan bererti kita disuruh menyambutnya dengan cara bermegah-megah, berboros dan sanggup berhabis semata-mata meraikan kemenangan tersebut.

Oleh itu, menyambut hari raya dalam suasana sederhana sangat-sangat dituntut oleh agama kerana kesederhanaan itu tidak akan membawa sebarang masalah kepada kita kemudian hari.

Bagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapi ialah pelbagai jenis tawaran di gedung-gedung perniagaan yang kini rancak mempromosi segala jenis barang jualan mereka.

Bagi yang rambang mata, tentunya akan terpengaruh dengan segala jenis tawaran ini dan tidak teragak-agak untuk memilikinya. Malah, ada yang sanggup membeli keperluan yang sama lebih daripada sekali kerana terpengaruh dengan iklan dan tawaran yang diberikan oleh gedung perniagaan.

Tidak kira sama ada seseorang itu mempunyai kuasa beli atau tidak terhadap sesuatu barang yang ditawarkan, pertimbangan harus dibuat sebelum melakukan sesuatu pembelian. Definisi hari raya yang sering disalah anggap oleh sesetengah daripada kita sering kali menjadikan kita terperangkap dengan beban hutang.

Keadaan itu menyebabkan ada antara keperluan-keperluan lain selepas hari raya nanti tidak dapat kita miliki akibat perbelanjaan kurang berhemat menjelang hari raya.

Hari raya adalah kemenangan setelah kita berpuasa dan kesempatan ini mesti diambil oleh oleh setiap umat Islam untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain. Hari raya juga adalah untuk kita pulang berhari raya dengan ibu bapa di kampung atau di mana sahaja mereka berada. Ketika itu juga kita berpeluang bertemu sanak- saudara, mengenali ahli baru dalam keluarga yang kadang-kadang kita sendiri terlupa nama dan salasilah kerana sudah lama kita berada di tempat orang.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90