Senyum simpul
Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar. "Siapa di luar?" teriak orang tua itu dengan ketakutan. "Saya Malaikat Maut!" "Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"
Diam Ketika Makan
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di... " Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!" Setelah selesai makan... Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?" Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"
Lupa jalan pulang
Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan.Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih... ." katanyer. "Apa masalah awak?" DOKTOR bertanyer... .. "Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,... .saya berada 480km dari umah... ... ..
Dipecat
Majikan : Kamu di pecat! Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!! Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...
Mr Brown
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown. Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown? Penerima : Oh, ini Mr. Black. Penelefon ops Sorry, wrong color!
Kesian Makcik nie...
Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya Attendenkaunter. Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa?? Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana?? Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan... ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye... "