Sabtu, September 27, 2008

Internet - Alamat IP luput 2010

Vint Cerf, salah seorang saintis perintis sistem komputer berkata, dunia Internet hari ini sudah tidak lagi memiliki kod unik yang mencukupi bagi membuka ruang komunikasi di antara komputer-komputer lain di seluruh dunia.

Katanya, apabila alamat protokol internet (IP) diluputkan, penyambungan Internet bagi IP berkenaan akan rosak dan sesetengah komputer lainnya tidak lagi mampu memasuki talian.

"Internet sudah jadi seperti nombor telefon dan apabila nombor baru sudah tiada, kamu tidak lagi akan memiliki pelanggan," kata Cerf yang mencadangkan agar sistem IP ditukar kepada satu sistem baru.

Semenjak Internet diasaskan 1977 dahulu, terdapat lebih 4.2 bilion alamat digunakan sebagai sistem IP versi empat (IPv4) yang mempunyai 32 siri nombor binari.

Namun, perkembangan teknologi jalur lebar di seluruh dunia hari ini menyebabkan sistem ini diramalkan luput pada 2010 kelak.

Manakala sistem terbaru yang digelar gelaran IPv6 (Protokol Internet versi enam) sudah pun digunakan di Jepun bagi menyambungkan ribuan pengesan gempa bumi menerusi sistem komputer yang bertindak menghantar penggera automatik kepada program televisyen dan menukarkan lampu trafik menjadi merah.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts