Top Ad 728x90

Keracunan susu dari China

Kementerian Kesihatan China hari ini mengumumkan bilangan kanak-kanak yang jatuh sakit kerana minum susu dicemari bahan melamin meningkat kepada hampir 53,000 orang.

Lebih 80 peratus daripada 12,892 kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital sejak beberapa minggu lalu berusia dua tahun ke bawah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan di laman webnya malam tadi.

Kebanyakan kanak-kanak berkenaan minum susu tepung keluaran syarikat, Shijiazhung Sanlu Group Co.

Seramai 38,965 kanak-kanak lagi mendapat rawatan pesakit luar dan pada dasarnya dianggap "sudah pulih", umum Kementerian Kesihatan.

Ia tidak menjelaskan mengapa bilangan kes melonjak secara mendadak daripada 6,200 orang kelmarin.

Kementerian menyatakan, pegawai kesihatan memeriksa rekod hospital dari Mei hingga bulan lepas untuk mengesan punca pencemaran susu itu.

Kematian tiga bayi yang berpunca daripada susu tepung tercemar berlaku pada bulan-bulan tersebut, lapor kementerian.

Dalam tempoh dua minggu sejak kerajaan mula mengakui masalah pencemaran itu, produk tenusu daripada 22 syarikat ditarik baik daripada pasaran.

"Tidak ada kes yang berpunca daripada minum susu cair," tegas kenyataan itu.

Beijing melancarkan usaha yang diberi publisiti meluas untuk menunjukkan kemampuannya menghadapi krisis tersebut.

Perdana Menteri, Wen Jiabao muncul di televisyen semalam untuk memberi jaminan, tiada satu pun syarikat yang terlibat dengan skandal itu akan dibiarkan terlepas daripada hukuman.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90