Top Ad 728x90

Mohon ke IPTS melalui portal online

LULUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan diploma atau setaraf dengannya dipelawa menjadi ahli Kampusku iaitu sistem portal online permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Pengarah Urusan Alliance Smart Card Technology (M) Sdn Bhd (Alliance Smart Card Technology), Dr Fauzi Mohamad, berkata pelajar boleh mendaftar sebagai ahli Kampusku dengan mengisi borang disiarkan dalam halaman ini dan menghantarkannya ke alamat No 68C, Kompleks Damai, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur atau faksmili 03-40481044.

Katanya, setiap borang permohonan hendaklah disertakan Wang Pos bernilai RM10 atas nama Alliance Smart Card Technologies (M) Sdn Bhd, salinan kad pengenalan serta keputusan SPM atau setaraf dengannya

Selain pendaftaran secara online, kami bekerjasama dengan Berita Harian untuk menerbitkan borang pendaftaran dalam akhbar ini untuk memberi kemudahan kepada pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet.

“Roadshow untuk menerangkan manfaat portal Kampusku serta seminar mengenai kerjaya dan institusi pengajian tinggi juga akan diadakan di sekolah menengah seluruh negara mulai bulan depan,” katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Fauzi berkata, portal Kampusku, www.kampusku.edu.my yang dikendalikan Alliance Smart Card Technology sejak 2006, menyenaraikan semua IPTS yang mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi serta kursus yang mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia.

Katanya, seperti Unit Pusat Universiti, sistem portal itu memudahkan pelajar membuat pilihan kursus dan memohon tempat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS menerusinya.

“Selain untuk kemudahan pelajar tempatan, portal ini juga sudah diperluaskan perkhidmatannya ke Indonesia dalam usaha menarik lebih ramai pelajar negara jiran itu memasuki IPT di sini.

“Tahun ini, kami akan mempromosi portal Kampusku di negara Timur Tengah dan Vietnam di samping membuka pejabat promosi di negara berkenaan,” katanya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90