Singapura - Ekonomi Asia pertama gawat

Singapura menjadi negara Asia pertama mengalami kemelesetan selepas kerajaan negara itu mengkaji semula unjuran pertumbuhan ekonomi dan melonggarkan dasar monetari buat kali pertama dalam beberapa tahun, kata para penganalisis.

Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk tempoh setahun kepada kira-kira tiga peratus berikutan kelembapan ekonomi global dan sektor ekonomi utamanya.

Langkah tersebut diambil ketika kementerian itu mengeluarkan data yang menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar menurun sebanyak 6.3 peratus pada suku ketiga selepas mengecut sebanyak 5.7 peratus pada suku sebelumnya, kata kementerian itu.

Ketika kementerian itu tidak menyifatkan ekonominya berada dalam kegawatan, kemelesetan teknikal secara am ditakrifkan sebagai pengecutan ekonomi untuk tempoh dua suku.

''Singapura akan menjadi ekonomi Asia yang pertama menghadapi kemelesetan teknikal,'' kata DBS Group Research dalam penilaiannya terhadap data itu.

Dalam menghadapi kelembapan ekonomi, Lembaga Monetari Singapura (MAS) berkata bahawa ia telah melonggarkan dasar monetari buat pertama kali dalam tempoh lebih daripada empat tahun.

''Ekonomi Singapura telah lemah pada 2008, di samping kadar pantas bencana pasaran kewangan dan kelembapan dalam aktiviti ekonomi global,'' kata MAS.

Perkembangan tersebut bermakna ketidaktentuan baru dalam ekonomi Singapura, manakala pertumbuhan ekonomi Asia yang perlahan akan mengehadkan aktiviti dalam pelbagai industri perkhidmatan seperti pengangkutan dan pelancongan, katanya

- AFP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url