Panduan untuk kutip hutang dari peminjam
1. Paling utama sikap anda sendiri, walaupun anda seorang yang muda bersimpati dengan orang lain, namun adakalanya anda perlu bertindak "mementingkan diri sendiri". Ini kerana terdapat setengah orang yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Jika rasa simpati dalam diri anda tidak dikawal, akan mungkin akan menjadi mangsa mereka yang gemar meminjam duit tetapi enggan membayarnya balik semula.
2. Jika anda ingin meminjamkan wang kepada rakan atau saudara mara anda, elok rasanya anda meneliti dahulu latar belakang dirinya. Jika si peminjam mempunyai "sejarah" suka meminjam tetapi tidak suka membayar hutang, elok rasanya anda batalkan saja niat anda untuk memberikan pinjaman duit anda. Ini lebih baik kerana anda dapat mengelakkan risiko "hutang lapuk" yang tidak berbayar.
3. Jika anda meminjamkan wang kepada sahabat atau saudara mara anda, tetapkan tempoh bayaran balik pinjaman tersebut. Jika jumlah yang dipinjam agak banyak, buat surat "hitam putih" yang ditandatangani di antara kedua belah pihak bagi mengelakkan sebarang kemungkinan pd masa hadapan. Ini lebih baik daripada meminjam wang tanpa sebarang bukti.
4. Tuntut wang yang dipinjamkan dengan segera. Biarpun sedikit, ia tetap wang and perlu dibayar oleh si peminjam. Minta peminjam bayar balik secara beransur ansur setiap bulan sehingga hutang mereka selesai, jika dia tidak mampun bayar sekali gus. Desak mereka, jika mereka buat buat tidak tahu ttg hutang mereka.
5. Jumlahkan setiap wang yang dipinjam oleh rakan rakan atau saudara mara anda. Fikirkan, jika wang tersebut anda simpan di dalam bank. Tentu banyak kegunaannya pada masa hadapan. Oleh itu, jgn malu untuk menuntut hutang daripada sipeminjam. Anda mempunyai hak untuk mendapatkan semula wang anda.
Cuba displinkan diri anda agar jgn selalu meminjamkan wang kepada orang lain. Beri pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada golongan seperti ini. Bertindaklah dengan bijak dlm menguruskan kewangan anda.