Top Ad 728x90

Aziz dilantik Ketua Pengarang Kumpulan Utusan


Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan berkuat kuasa 1 Disember ini.

Aziz menggantikan Datuk Khalid Mohd yang bersara pada 31 Oktober lalu. Aziz sebelum ini memangku jawatan tersebut sejak 29 Julai lalu berikutan Khalid bercuti menjelang persaraannya.

Pihak pengurusan dengan persetujuan pemegang saham utama Utusan Melayu (M) Berhad yang bermesyuarat hari ini bersetuju dengan pelantikan beliau.

Aziz, 44, berkhidmat dengan Kumpulan Utusan selama 24 tahun dan menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan sejak 1 Januari 2007.

Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarang Utusan Malaysia dan Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia.

Jawatan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan pula diambil alih oleh Othman Mohamad, 49, yang kini merupakan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan 1. Pelantikan beliau juga berkuat kuasa 1 Disember ini.

- Utusan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90