Top Ad 728x90

Tiada banjir besar diramal Disember

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Pahang meramalkan tidak berlaku banjir besar atau luar biasa di negeri ini berdasarkan kepada jangkaan jumlah taburan hujan yang diterima.

Penolong Pengarahnya, Suzalina Kamarudin, berkata taburan hujan dijangka normal antara 300 dan 350 milimeter sahaja menjelang musim tengkujuh awal Disember ini.

Berdasarkan ramalan berkenaan, JMM Pahang meramalkan hanya kawasan rendah dijangka ditenggelami air dan tiada banjir besar berlaku seperti tahun sebelumnya.

"Ketika ini keadaan cuaca masih di peringkat awal Monsun Timur Laut dan Pahang diramalkan mula menerima hujan lebat seawal penghujung minggu pertama bulan depan dan berlarutan antara tiga dan lima hari.

"Bagaimanapun, keadaan ini dilihat masih normal dan tidak membawa kepada keadaan banjir yang luar biasa seperti tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Program Kesedaran Awal Mengenai Cuaca Ekstrem, Gempa Bumi dan Tsunami anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, kelmarin.

Menurutnya, sebagai persediaan menghadapi banjir, JMM Pahang akan membuat pemantauan situasi perubahan cuaca dari semasa ke semasa.

"Amaran mengenai hujan lebat akan dikeluarkan apabila ada kemungkinan keadaan ini berlaku dalam tempoh antara 24 dan 48 jam.

"Jika keadaan semakin serius, kami akan mengeluarkan amaran awal banjir seterusnya Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) membuat pemantauan aras sungai sebelum membuat hebahan kepada agensi pengurusan banjir dan pihak media untuk maklumat penduduk kawasan terbabit," katanya.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi), Datuk Mohamad Ridzwan Mohd Tahar dalam ucapan perasmiannya, meminta agensi terbabit banjir membuat pemetaan terhadap kawasan yang dilanda banjir setiap tahun bagi memudahkan perancangan dibuat kerajaan negeri.

- Berita Harian

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90