Fitrah manusia
Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri, Dia suka kebaikan orang, dia sendiri tidak suka membuat baik, Dia suka orang baik, tapi jangan sampai orang itu disayangi dan berpengaruh kerana kebaikannya, Orang yang berpengaruh dizamannya pun hasad dengki kepadanya, Begitulah berlaku keadaan ini setiap zaman, Begitulah yang berlaku kepada para rasul dan orang yang baik dizamannya, Sifat-sifat semacam ini berlaku kepada semua orang, Sekalipun para ulama kecuali yang bertaqwa dan takutkan Allah, Penyakit inilah yang menghuru harakan masyarakat didalam kehidupan, Penyakit inilah yang menjadi penghalang kebenaran disetiap zaman.
Ia berlaku juga kepada ulama yang tidak takutkan Tuhan, Lebih-lebih lagi kalau orang itu mencabar pengaruhnya, Bahkan diakhir zaman penyakit itu ramai berlaku kepada para ulama, Kecuali ulama yang takutkan Tuhan tapi berlaku sedikit sekali, Begitulah watak manusia disetiap zaman jika tidak takutkan Tuhan, Kerana itulah takutkan Tuhan itu penting, Tidak takutkan Tuhanlah punca segala penyakit dan segala gejala masyarakat tumbuh subur, Kerana itulah pentingnya perjuangkan Tuhan hingga ia ditakuti dan dikasihi, Itulah rahsia penyakit masyarakat dapat dibasmi Untuk keamanan dan kedamaian manusia agar hidup harmoni