Top Ad 728x90

Maybank & CIMB turunkan BLR

Maybank hari ini mengurangkan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas kepada 6.5 peratus daripada 6.75 peratus mulai 1 Disember ini berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR).

Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) juga diturunkan menyamai kadar BLR.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata, langkah ini akan menyaksikan peminjam menerima manfaat secara terus berikutan kadar faedah bagi pinjaman bank yang tertakluk kepada BLR akan diubah mengikut kesesuaian.

‘‘Ia merupakan langkah baik yang memberi kelebihan kepada peminjam dan juga sebagai cara untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan perniagaan untuk pelbagai sektor.

‘‘Maybank dan Maybank Islamic akan terus menyemak suasana pasaran dan meneruskan kekuatan utama untuk menyediakan sokongan kewangan kepada pelanggan dalam mengharungi keadaan mencabar,’’ katanya.

Sementara itu, CIMB Bank Bhd. dan CIMB Islamic Bank Bhd. hari ini turut mengurangkan Kadar Asas Pinjaman dan (BLR) dan Kadar Asas Pembiayaan (BFR) sebanyak 25 mata asas, masing- masing kepada 6.5 peratus berkuatkuasa 1 Disember ini.

Penurunan itu adalah berikutan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas semalam.

Kadar deposit CIMB Bank dan CIMB Islamic, bagaimanapun dikekalkan pada 3.5 peratus setahun.

Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Nazir Razak (gambar) berkata, tindakan melepaskan sepenuhnya faedah pengurangan itu kepada pelanggan bertujuan membantu peminjam dan bakal peminjam mendepani pertumbuhan ekonomi yang menyederhana dengan ketaranya.

‘‘Kami mengalu-alukan peminjam untuk mendatangi kami sekiranya ingin menyusun semula jadual pembayaran,’’ kata beliau sambil menyatakan CIMB Islamic merancang untuk menawarkan kadar pembiayaan yang lebih menarik untuk faedah pelanggannya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90