Top Ad 728x90

Tunjuk Perasaan di Thai semakin parah

Penunjuk perasaan antikerajaan mengepung pejabat sementara Perdana Menteri, Somchai Wongsawat di lapangan terbang lama, Don Muang di pinggir Bangkok untuk hari kedua hari ini, dalam usaha nekad untuk menumbangkan kerajaan.

Ribuan penunjuk perasaan berpakaian kuning menguasai Don Muang, tempat Somchai dan Kabinetnya menjalankan pentadbiran selepas aktivis menduduki Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri sejak Ogos lalu.

Kumpulan yang dipimpin oleh Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) itu memperhebatkan tekanan ke atas kerajaan selepas ribuan anggota PAD semalam mengepung bangunan Parlimen dalam apa yang digelar sebagai "pertarungan terakhir" untuk menyingkirkan kerajaan.

"Ada lebih 10,000 penyokong di sini dan kami bersedia untuk berkampung di sini untuk tempoh lama seperti apa yang kami lakukan di Rumah Kerajaan," kata jurucakap PAD, Sawit Kaoewan.

Sementara itu, pihak berkuasa terpaksa menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi apabila beratus-ratus anggota PAD cuba merempuh masuk dan bertempur dengan penyokong kerajaan.

Beberapa orang cedera, termasuk dua yang terkena tembakan apabila penyokong kerajaan dan anggota PAD bertempur berhampiran lapangan terbang baru itu.

Bagaimanapun pejabat penerbangan memberitahu, setakat ini belum ada penerbangan yang terjejas akibat perkembangan politik semasa di Bangkok ini.

Jurucakap kerajaan, Natawut Saikau pula menegaskan, kerajaan masih berfungsi sepenuhnya tetapi beliau tidak dapat mendedahkan tempat Kabinet bermesyuarat kerana tidak mahu mencetuskan lebih banyak protes.

Kebanyakan anggota polis berundur dari lapangan terbang lama itu malam tadi dan hanya segelintir yang kelihatan pagi ini, ekoran kebimbangan berulangnya pertempuran semasa protes 7 Oktober lalu.

Sementara itu, tentera hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa mereka tidak akan melancarkan rampasan kuasa walaupun didesak oleh banyak pihak.

Ketua tentera, Anupong Poajinda berkata, pihaknya tetap percaya rampasan kuasa tidak akan menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ini.

"Semua pihak perlu berunding demi kepentingan negara,'' katanya.

- AFP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90