Top Ad 728x90

‘Rasul Melayu’ turun ajaran kepada anak

Pengasas ajaran sesat Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad atau Haji Abdul Kahar (HAK) dikesan cuba menurunkan semua ilmu ajaran menyeleweng terbabit kepada anak lelakinya yang kini dilatih sebagai waris bagi mengembangkan ajaran sesat terbabit.

Difahamkan Abdul Kahar yang berusia 58 tahun itu cuba untuk membentuk anak sulungnya yang berusia 30-an bagi mengikut jejak langkahnya dalam merosakkan akidah umat Islam.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Muhammed Khusrin Munawi, yang bimbang sekiranya penyebaran ajaran sesat terbabit berupaya menarik ramai orang Islam.

Menurutnya, Abdul Kahar bersama anaknya itu, cuba menggunakan sebuah resort yang baru dibuka di sebuah perkampungan Orang Asli, Hulu Klang sebagai markas baru bagi menyebarkan fahaman songsangnya itu.

Difahamkan Abdul Kahar sebelum ini bukan hanya mengaku sebagai utusan Tuhan ke bumi, malah turut mengaku sebagai satu-satunya ‘Rasul Melayu’ yang diutus untuk menyelamatkan umat akhir zaman.

“Hasil siasatan mendapati anak lelaki Abdul Kahar mengetuai aktiviti resort berkenaan bagi menjalankan kegiatan berdakwah dan menyampaikan ceramah kepada pengikutnya.

“Namun ketika serbuan dilakukan, dia dipercayai baru meninggalkan kawasan terbabit selepas menyedari pihak berkuasa mahu menyerbu tempat berkenaan,” katanya.

Dia berkata Abdul Kahar yang menggelarkan dirinya sebagai Rasul Melayu itu dipercayai ‘menurunkan’ segala ilmu sesatnya kepada anak sulungnya, Zulhelmi.

- Harian Metro

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90