‘Saya bukan tali barut kerajaan’

Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang kontraknya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tamat enam hari lagi berkata, mana- mana individu yang mengendalikan badan pemantau sistem demokrasi itu bukanlah tali barut kerajaan memerintah seperti mana dakwaan pihak tertentu.

Beliau yang akan mencapai usia 66 tahun pada 30 Disember ini yang memerlukannya melepaskan jawatan Pengerusi SPR, mengingatkan jika ada dakwaan atau andaian seperti itu, masakan boleh parti yang memerintah sekarang agak ‘tunggang-langgang’, yakni gagal mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu.

‘‘Macam-macam mereka maki hamun saya, saya tunggu juga kalau-kalau ada kes dibawa untuk saya atau SPR tapi yang ada semuanya petisyen-petisyen pilihan raya yang tidak ada kaitan langsung dengan (mempertikaikan kewibawaan) SPR.

- Utusan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url