5 soalan untuk Pengundi PRK Kuala Terengganu

Nama: Mazlan Arifin
Umur: 48
Jawatan: Pengarah Urusan PSM Akademi (M) Bhd.
Tinggal: Kampung Padang Hiliran
DUN: Bandar

UTUSAN: Apakah faktor calon yang dapat menambat hati penduduk dalam pilihan raya kecil ini?

MAZLAN: Seseorang calon itu perlu tahu bagaimana hendak berdampingan dengan rakyat yang berbeza taraf dan gaya hidup.

Selain itu, cara yang digunakan olehnya untuk mendekati penduduk juga perlu mengikut setiap peringkat masyarakat.

Perlukah calon itu mewakili parti tertentu dalam menambat hati rakyat?

Sebenarnya, kita perlu lihat dasar yang dibawa oleh parti tersebut dalam memilih calon yang mewakili parti itu. Ini kerana kekuatan calon juga datang daripada partinya dalam usaha membantu rakyat.

Adakah pandangan terhadap calon dipengaruhi oleh persepsi orang lain?

Saya melakukan penilaian dengan melihat dan menganalisis parti-parti serta calon-calon mereka.

Selain itu, latar belakang keluarga juga membantu dalam membentuk persepsi saya.

Harapan masyarakat terhadap calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu?

Beliau harus prihatin dan sentiasa berusaha membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Janganlah ketika pilihan raya sahaja baru dilihat bersifat berkenaan.

Bagaimana calon dapat membantu membangunkan Kuala Terengganu?

Mungkin calon dapat mencadangkan pembinaan sebuah kawasan baru ala Putrajaya bagi membantu memacu pembangunan bukan sahaja Kuala Terengganu tetapi juga negeri ini.

Selain itu, lebihkan pembangunan berasaskan pelancongan kerana Kuala Terengganu mempunyai pelbagai keindahan semula jadi seperti pantai dan pulau.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url