Adun BN Perak keluar UMNO dan sertai Keadilan (PKR)

ADUN Barisan Nasional Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan untuk menyertai KeADILan (PKR).

Pengumuman berkenaan dibuat ketika sidang media bersama Ketua Umum, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya.

Menurutnya keputusan ini diambil setelah meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat.

” Saya amat yakin dengan kepimpinan KeADILan yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam sidang media.

Nasarudin adalah Adun Bota yang juga Pengerusi Felcra Berhad hadir bersama isterinya menyakini KeADILan tetap menjunjung hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan.

”Saya percaya KeADILan akan tetap menjujung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” tambahnya lagi.

Selain itu menurutnya lagi penyertaan ini membolehkan saya menjadi Adun yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudahpun menubuhkan sudahpun menubuhkan kerajaan di negeri Perak.

Nasharuddin sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Parit dan bertanding kerusi DUN Bota pada pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, beliau menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi.

Perak kini diterajui pakatan pembangkang Pas, DAP dan PKR dengan menguasai 31 kerusi DUN manakala BN 28 kerusi.

- Suara Keadilan
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 25 Januari 2009 pada 7:34:00 PTG SGT

    Aduhhhh.......Apa jadi dgn BN sekarang.Wahai pemimpin BN cubalah muhasabah diri anda.Fikir-fikirkan,kenapa?

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Ahad, 25 Januari 2009 pada 8:12:00 PTG SGT

    BN perlukan rombakan besar-besaran

Add Comment
comment url