Top Ad 728x90

Gaya BlackBerry lipat


Kehebatan fungsi dan aplikasi pada telefon bimbit pintar BlackBerry sememangnya menjadikan semua pihak teruja untuk memilikinya.

Tidak cukup dengan model sedia ada, peneraju rangkaian operator telekomunikasi, Maxis Communications Berhad (Maxis) bersama Research In Motion (RIM) baru-baru ini melancarkan model terkini BlackBerry Pearl Flip 8220.

Bagi menarik minat pengguna, telefon tersebut ditawarkan dalam rekaan lipat dengan bentuk yang cukup bergaya mengikut trend masa kini.

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Matthew Willsher berkata, pelancaran model berkenaan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelanggannya menikmati komunikasi mobiliti terbaik.

“Rekaannya dijamin memberi keselesaan dan keseronokan menggunakan aplikasi seperti panggilan suara, aplikasi multimedia, penghantaran teks mesej dan juga e-mel serta pelayaran Internet,’’ katanya.

Di samping itu, platform BlackBerry tersebut juga menawarkan pengguna dengan kemudahan mengakses rangkaian sosial popular seperti Facebook dan MySpace serta aplikasi mesej pantas seperti Yahoo Messenger, Windows Live Messenger dan Google Talk.

Menerusi saiznya yang kompak serta kombinasi fungsi dan prestasi terbaik, ia pastinya melengkapkan keperluan kehidupan pengguna di zaman moden.

Bagi memberi peluang kepada semua pengguna menikmati kelebihan telefon berkenaan pada harga yang berpatutan, Maxis turut menawarkan harga pakej yang didatangkan bersama-sama pelan promosi.

BlackBerry Pearl Flip 8220 yang dijual pada harga asal RM1,999 kini boleh diperoleh dengan tawaran harga promosi RM1,199 dari 29 buah Pusat Maxis di seluruh negara menerusi pembelian pelan Value 150 postpaid untuk kontrak selama 24 bulan.

Selain itu, Maxis turut mengumumkan pengurangan kos perkhidmatan bagi Pakej Data Tanpa Had BlackBerry dari RM154 sebulan kepada RM120.

Rekaannya yang eksklusif dengan warna hitam berkilat turut disempurnakan lagi melalui kehadiran skrin beresolusi tinggi, sensor cahaya berwarna dan skrin luar yang membenarkan paparan maklumat panggilan, e-mel dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu membuka skrin di bahagian dalam.

Ciri lainnya pula adalah ia menawarkan papan kekunci QWERTY, sambungan Wi-Fi, Bluetooth 2.0, sokongan kepada A2DP, kamera dua megapiksel dengan rakaman video serta kelebihan fungsi sekuriti.

Aplikasi DataViz Documents To Go turut di sediakan bersama bagi membolehkan pengguna menjalankan aktiviti mengedit pada fail Microsoft Word, Excel dan juga PowerPoint

Untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry Pearl Flip 8220, pengguna boleh melayari laman web www.maxis.com.my

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90