Top Ad 728x90

MAS tawar 150,000 tiket pada harga serendah RM39

Jualan hujung minggu Malaysian Airline System Bhd. (MAS) kembali dengan penawaran 150,000 tiket, berharga mulai RM39 dan ke atas.

Tiket-tiket berkenaan bagaimanapun hanya boleh dibeli menerusi tempahan dalam talian selama dua hari - Sabtu dan Ahad, 31 Jan dan 1 Feb 2009.

Penerbangan di seluruh Semenanjung berharga RM39 manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak dan Johor Bahru ke Kuching berharga RM69.

"Kami sudah memansuhkan surcaj bahan api domestik dan pelanggan akan dapat menikmati tambang rendah sebenar tanpa caj tersembunyi.

"Ia adalah tambahan kepada perkhidmatan premium yang ditawarkan, termasuk minuman dalam penerbangan, jadual yang lebih mudah, pelepasan mengikut masa yang ditetapkan serta peruntukan bagasi 20 kilogram," kata Dr. Amin Khan, Pengurus Besar Kanan Pengurusan dan Perolehan Rangkaian MAS.

Beliau berkata, promosi Istimewa Hujung Minggu diterima baik dan 'ini menunjukkan bahawa orang ramai akan terus membuat perjalanan jika ada produk yang tepat yang ditawarkan pada masa yang sesuai'.

Promosi Istimewa Hujung Minggu bermula dua minggu lepas dan kami kembali ekoran respons luar biasa pelanggan.

Tempat duduk mesti ditempah secara dalam talian di laman web MAS www.malaysiaairlines.com, sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berlepas.

Tarikh penerbangan tidak boleh ditukar dan tiket tidak boleh dipulangkan.

Tambang promosi tidak disediakan semasa waktu puncak.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90