Rundingan FTA dengan AS ditangguh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menghentikan sementara rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS) sehingga mendapat arahan lanjut daripada Kabinet.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk memuktamadkan proses FTA dengan AS, terutama dalam situasi semasa apabila negara tersebut memberi sokongan penuh terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.

Menurut beliau, proses rundingan FTA dengan AS sebelum ini juga sebenarnya masih belum mencapai sebarang persetujuan bersama dalam banyak isu yang dibangkitkan.

“Kerajaan tidak akan tergesa-gesa, tambahan pula banyak pihak berpendapat tidak perlu diteruskan FTA itu.

‘‘Jadi lebih baik kita hentikan proses rundingan itu dan tengok perkembangan selanjutnya setelah mendapat panduan daripada Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Warga MITI Bersama Menteri di sini hari ini.

- Utusan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url