Sokongan Melayu belum jelas, Cina dijangka memihak pakatan - Tinjauan (PRK Kuala Terengganu)

Menjelang pengundian Sabtu ini, arah aliran sokongan pengundi Melayu di Kuala Terengganu masih belum jelas manakala pola undian pemilih-pemilih Cina pula dijangka beralih kepada pembangkang.

Tinjauan pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan kira-kira 11 peratus pengundi masih belum membuat keputusan mengenai calon dan parti yang mereka bakal menyokong.

"Kajian menunjukkan sukar untuk menentukan keinginan memberi undi di kalangan pemilih ketika tinjauan pendapat umum ini dikendalikan.

"Berdasarkan pemerhatian terhadap data dikumpulkan, kajian ini percaya pengundian di kalangan Melayu dijangka berbelah bahagi dengan jurang yang kecil, dengan kemungkinan lapan peratus belum membuat keputusan lagi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Kata beliau, kecenderungan di kalangan pengundi Cina pula sukar untuk diukur tetapi pemerhatian ke atas respons yang diberikan terhadap isu-isu dibangkitkan menunjukkan sokongan mereka akan sedikit memihak kepada pembangkang.

Malah, kata beliau, pengundi-pengundi kerusi Kuala Terengganu mengutamakan kualiti calon berbanding faktor-faktor lain seperti isu dan parti-parti yang bertanding.

Tinjauan umum itu dikendalikan antara 7 dan 11 Januari lalu untuk menilai persepsi pengundi di sini terhadap isu-isu dan perkembangan yang menyelubungi pilihan raya kecil ini.

Seramai 527 pengundi berdaftar iaitu 408 kalangan pengundi Melayu dan 119 pengundi Cina ditemu bual dalam tinjauan ini.

Tinjauan menunjukkan bahawa majoriti pengundi di bahagian ini, yang majoritinya pengundi Melayu merasakan negeri Terengganu dan negara pada umumnya berada dalam landasan yang betul.

Bagaimanapun penelitian terperinci kajian ini mendapati sentimen pengundi Cina adalah lebih 'berhati-hati' dan rendah berbanding pengundi Melayu.

Kata beliau, di kalangan pengundi Cina isu peringkat nasional lebih mempengaruhi mereka berbanding isu peringkat negeri.

Berhubung kedudukan landasan negara, hanya 36 peratus responden Cina bersetuju bahawa ia berada dalam landasan yang betul dan berbelah bahagi apabila disoal mengenai arah aliran landasan di peringkat negeri, jelas beliau.

Pada masa yang sama, kata Ibrahim, 70 peratus pengundi Melayu mengatakan bahawa "keadaan adalah baik" di peringkat negeri Terengganu.

Mengenai isu-isu yang menyentuh perhatian responden, tambah beliau, 21 peratus pengundi mahu inflasi dikawal, 26 peratus ingin melihat usaha memantapkan Islam, dan 16 peratus mahukan pembangunan berterusan.

Di kalangan pengundi Cina, 53 peratus mahu kerajaan melayan bukan Melayu dengan lebih adil dan 18 peratus yang lain mahu rasuah dihapuskan.

- mstar online
Next Post Previous Post
6 Comments
  • Ayen Giggs
    Ayen Giggs Rabu, 14 Januari 2009 pada 12:47:00 PTG SGT

    Agak2 sejujur2nye pd pandangan encik Adha sendiri,calon mane yg benar2 berpeluang utk memenangi pilihanraye kecil kuale teregganu?...

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Rabu, 14 Januari 2009 pada 1:32:00 PTG SGT

    Pandangan saya, dari segi parti, BN Terengganu mempunyai kelebihan kerana rakyat Terengganu secara keseluruhannya berpuashati dengan Kerajaan Negeri. Cuma dari segi calon BN, Wan Farid, masih diragui prestasinya oleh pengundi. Wan Farid dikatakan tiada "aura".

    Sementara, calon PAS pula mempunyai kelebihan dari segi calon. Namun begitu, rakyat Terengganu meragui PAS Terengganu kerana dikatakan "sudah serik" dengan zaman pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 dulu.

    Parlimen Kuala Terengganu mempunyai penyokong BN & PAS tegar yang akan mengundi parti masing2 tanpa mengira calon atau isu. Kemenangan calon kali ini bergantung kepada pengundi atas pagar dan undi dari kaum Cina.

    Kemungkinan PAS akan menang dengan majoriti yang kecil. Namun begitu, BN masih berpeluang untuk menang, juga dengan majoriti kecil. Ini kerana peluang masih 50:50.

    Jika ramai pengundi parlimen ini yang tinggal di luar Terengganu tidak pulang mengundi, keputusan mungkin akan berubah. PAS mungkin ak…

  • Mat Jenin Kota!
    Mat Jenin Kota! Rabu, 14 Januari 2009 pada 1:35:00 PTG SGT

    saya pulak harap calon bn menang, bukan pakatan..why? we as a malay should aware about our country political scenario? right now...we should make some analysis for the last 2008 election..what is the percentage of malay represent in pakatan? and we should know that what is the dominan party in team.. the pakatan

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Rabu, 14 Januari 2009 pada 2:20:00 PTG SGT

    I agree with u bro
    but many people do not aware about that
    very sad for this situation

  • KHAIRUL NAZRI
    KHAIRUL NAZRI Rabu, 14 Januari 2009 pada 3:35:00 PTG SGT

    Salam Ziarah,

    1. Berdasarkan artikel diatas, peluang calon-0calon yang bertanding adalah 50-50. Secara peribadi saya berpendapat samada PAS mahupun BN yang bakal menang kelak, senario poltik kita akan terus bergolak.

    2. Saya pasti jika BN kalah, BN tidak akan berkokok menyalahkan sesiapa melainkan akan melakukan post-mortem pada lazimnya.

    3. Namun, tidak bagi PAS. Samada mereka menang atau kalah, provokasi mereka tetap akan wujud lebih-lebih lagi sekiranya PAS kalah.

    4. Bantahan, saman, tuduhan, dsbnya merupakan suatu yang pasti selepas PRK KT ini.

    5. Yang malang dan terus malang adalah bangsa kita Melayu.

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Rabu, 14 Januari 2009 pada 6:33:00 PTG SGT

    betul tu saudara Khairul
    orang Melayu kini makin berpecah belah & dipergunakan untuk kepentingan politik
    bagi saya, siapa yang menang tak penting
    asalkan wakil rakyat itu mampu berkhidmat untuk rakyat

    namun begitu, dalam konteks Parlimen Kuala Terengganu, sebaiknya BN perlu menang kerana Kerajaan Negeri Terengganu adalah BN, agak sukar jika PAS memegang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

    Sebagai ibu negeri, pusat pentadbiran & bandar diraja bagi negeri Terengganu, BN amat memerlukan kerusi Parlimen Kuala Terengganu untuk meneruskan kelangsungan pembangunan bukan sahaja untuk BN, malah untuk manfaat seluruh rakyat Terengganu (termasuk penyokong Pakatan Rakyat)

Add Comment
comment url