UMNO tidak pinggirkan Razali – Wan Farid (PRK Kuala Terengganu)

Dakwaan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mustafa Ali bahawa Allahyarham Datuk Razali Ismail tidak dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian selepas pemilihan parti peringkat bahagian baru-baru ini adalah tidak benar.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menegaskan, pelantikan Razali telah diumumkan pada mesyuarat bahagian yang pertama selepas selesai pemilihan parti.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu berkata, perkara itu di luar pengetahuan Pas kerana ia tidak bersangkut-paut dengan mereka.

‘‘Ini ada dalam rekod, pelantikan Allahyarham Razali telah saya umumkan pada mesyuarat bahagian yang pertama selepas pemilihan parti dilakukan. Saya tak tahulah sama ada Mustafa hadir juga ke mesyuarat itu.

‘‘Justeru saya nak nasihatkan selepas ini, lain kali kalau nak bercakap, biarlah bercakap atas fakta,” katanya pada sidang akhbar di pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.

Wan Ahmad Farid menjelaskan, UMNO telah memberi pengiktirafan kepada Allahyarham sebagai seorang Timbalan Menteri iaitu portfolio yang begitu penting.

- Utusan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url