Anak saudara isteri Tuan Guru Haji Hadi maut

Anak saudara kepada isteri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh kenderaan pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai di Kuala Terengganu semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa, Abdul Qahar Mansor, 23, anak saudara isteri pertama Abdul Hadi, Toh Puan Zainab Awang maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kenderaan polis itu dipandu anggota yang membawa seorang pegawai dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas selama sehari di sini.

Menurut beliau, kenderaan pacuan empat roda itu sedang keluar dari bahu jalan menghala ke Kuala Terengganu ketika motosikal yang ditunggang mangsa tiba di tempat kejadian.

“Mangsa yang berasal dari Rusila, Marang gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian tepi kanan kenderaan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url