PKR pun Kluk Klek macam PAS?

Sekarang ini suasana politik di Perak nampaknya semakin hangat. Pada hari ini sudah tentu semua orang akan tertumpu kepada kenyataan akhbar yang akan diadakan oleh dua ADUN PKR yang dikatakan sudah meletak jawatan itu. Masih banyak tandatanya yang berlegar, tetapi penafian dua ADUN tersebut yang mereka telah meletak jawatan dan pengakuan mereka menandatangani surat aku janji `kosong' begitu mengejutkan. Siapa yang betul dan siapa yang salah?

Sekejap ya, sekejap tidak. Politik Perak sekarang pun macam itulah. Sekejap letak jawatan, sekejap tak letak jawatan. Macam budak-budak. Elok buat pilihanraya semula. Siapa menang, dialah perintah Perak. Biar rakyat Perak yang tentukan dan bukan ahli politik yang suka main politik yang tentukan. Yang teruknya, rakyat yang menjadi mangsa. Sepatutnya kita perlu menolak pemimpin yang macam ini.

Pagi ini sambil bersarapan, rakan saya berseloroh dan berkata, PKR pun dah jadi Kluk Klek macam PAS. Teringat saya kepada lagu "PAS Kluk Klek" di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Sedap jugak lagu tu kalu nak dicalonkan di Anugerah Juara Lagu. Gerenti jadi juara untuk AJL 2009! Sebagai pemerhati politik yang tidak taksub kepada mana-mana pihak, saya berkata kepada rakan saya tadi, kita tunggu dan lihat sajelah.

Mungkin selepas ini akan ada lagu UMNO Kluk Klek akan dicalonkan ke Anugerah Juara Lagu. Siapa tahu? Kita sama-sama tunggu siapa yang akan menjadi Juara AJL 2009 samaada lagu PAS Kluk Klek, PKR Kluk Klek ataupun UMNO Kluk Klek? Saya meramalkan lagu PKR Kluk Klek akan menjadi Juara AJL dan menang kategori Persembahan Terbaik!

P/S:
Kluk Klek adalah dialek daerah Besut, Terengganu yang bermaksud "tidak tetap pendirian" atau "kata-kata yang sentiasa berubah-ubah"
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 2 Februari 2009 pada 3:09:00 PTG SGT

    haha, kluk klek kluk klek camne pun menang gak, baru satu utk pembangkang, kat utube beratus lagu utk umno. tak sefamus lagu kluk klek pun, walhal lagi sedap. maklum la, media milik siapa..

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Isnin, 2 Februari 2009 pada 3:43:00 PTG SGT

    memang lagu untuk UMNO banyak tapi tak famous!
    org tak nak dengar
    haha

  • Unknown
    Unknown Isnin, 2 Februari 2009 pada 6:00:00 PTG SGT

    ape nye PAS xtetap pendirian? haha kalo bab ameno xtetap pendirian,xde pon masuk tv..kan? kan? hihik

  • MOHD FUAD YAHAYA
    MOHD FUAD YAHAYA Isnin, 2 Februari 2009 pada 6:46:00 PTG SGT

    pemimpin penipu..
    pemimpin PKR+PAS+DAP = PENIPU RAKYAT

Add Comment
comment url