Sultan Azlan amat murka - Sumber Istana
''Tengoklah sampai bila mereka mampu bertahan di dalam tu, bila (Datuk Seri Ir. Mohammad) Nizar (Jamaluddin) buka TV (televisyen) nanti, apa yang akan ditontonnya saban hari ialah Menteri Besar baru (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir) rasmi majlis ni, pecah tanah itu. Tapi jangan halau mereka."
Begitu perbualan seorang ahli UMNO Perak dengan Zambry yang sempat 'dirakam' Utusan Malaysia petang semalam. Zambry tersenyum kecil.
Sehingga berita ini ditulis, Mohammad Nizar dan penyokongnya tetap enggan berganjak meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Sultan Idris Shah.
Di kediaman Menteri Besar itu, sekelilingnya terus dipenuhi penyokong Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Penyokong DAP pula, kelibatnya juga di situ.
Memang sukar hendak terima hakikat tetapi ingatkah mereka pada Mac tahun lepas sewaktu BN negeri tumbang di tangan mereka.
Ingatkah! Waktu itu ahli-ahli BN terutama UMNO menatap wajah mereka pun takut. Bukan apa, keangkuhan sudah memuncak dalam diri.
Sebaik sahaja pakatan pembangkang diisytiharkan menang tempoh hari, penyokong mereka berderu-deru memasuki kediaman Menteri Besar dan Bangunan Perak Darul Ridzuan - pejabat Menteri Besar.
Semasa itu laungan nyaring yang kedengaran - ''itu rumah kita, itu pejabat kita". Ternyata semuanya berakhir.
Petang semalam, kerana degilnya penyokong Pakatan Rakyat, mereka terus membuat kacau terutama di jalan menghala ke Istana Iskandariah - untuk mengganggu majlis angkat sumpah Zambry sebagai Menteri Besar ke-11.
''Kereta Raja Muda dan Raja Di Hilir dilemparkan batu sebesar penumbuk. Begitu juga dengan kenderaan yang dinaiki Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi," cerita seorang rakan media.
Kekecohan semalam bermula apabila penyokong Pakatan Rakyat mula membanjiri satu bulatan di Kuala Kangsar sebelum berkumpul beramai-ramai menuju ke Masjid Ubaidiah bersebelahan Istana untuk solat Jumaat. Selepas solat, mereka bergerak beramai-ramai untuk memasuki pekarangan Istana.
Pasukan anggota Polis Persekutuan (FRU) terpaksa berundur sejauh 50 meter dan selepas arahan bersurai tidak diendahkan serta diasak, gas pemedih mata terpaksa dilepas.
Namun ia tetap tidak menyuraikan mereka sehingga ada yang sanggup baring dan duduk di atas jalan raya.
Rakan penulis, Zaini Raban memberitahu, suasana berdekatan Istana Iskandariah semalam cukup membimbangkan. ''Kalau tiada pasukan FRU, tak tahulah apa akan jadi. Kereta saya pun hampir dibaling batu malah saya diugut supaya buka cermin kereta untuk mereka melemparkan kata-kata kesat," katanya.
Sesungguhnya apa yang berlaku di Perak adalah ketentuan-Nya. Yang perlu dilakukan oleh Mohammad Nizar sekarang adalah akur dengan titah Sultan.
Sumber Istana memberitahu Utusan Malaysia semalam, Sultan Azlan Shah amat murka dengan perbuatan bekas Menteri Besar itu yang mencabar dan mempersoalkan imej dan maruah baginda.
''Mohammad Nizar kena akur dengan kedudukan pakatan rakyat yang hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Kalau ini berlaku kepada BN pun, kita percaya dan pasti BN sama sekali tidak akan mempertikaikan kuasa Sultan sebagai raja pemerintah yang membuat tafsiran dari segi perlembagaan terhadap kedudukan seseorang Menteri Besar," kata Zambry semalam.
- UTUSAN
apa yg susah sgt nak bubar dun..kalau dun bubar takkan nak jadi mcm tu..kalau bn rasa rakyat suka kat bn why not bubar kan saja ini menunjukkan bn takut dgn bayang2 sendiri sebenarnya masa pru12 rakyat tak kisah kalau pr letak calon patong pun rakyat lebih rela pangkah patong drpd pangkah calon bn.rakyat skrg bukan mcm dulu tgk tv1,2 dan 3 saja apa tv cakap semuanya diterima bulat2 kini zaman cyber semua maklumat jgn disorok lambat laun bocor juga..begitu juga latar belakang pemimpin bn yg begitu kurang elok disebut.sekarang ni rakyat jelata bergelut dgn kegawatan ekonomi puluhan ribu kehilangan pekerjaan yg bn dgn pr berebut kuasa apa ni..bukannya nak duduk semeja nak bincang pasal masaalah ekonomi yg meruncing ni ini tidak dok berebut kuasa pulak.apa tanggapan orng luar terhadap malaysia..para pelabur dah takut nak masuk gara2 pemimpin bn yg bodoh tak tau undang2..kalau buat salah depan orng ramai boleh mengaku tak buat inilah sikap pemimipin bn sekarang ni..ingat rakyat semua bodoh…
- Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
- Kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar
Takkan kerana dun, sanggup menggugat kedaulatan Sultan? Berbalah sesama sendiri..Kaum lain bertepuk tanda gembira
DAN
Takkan kerana 1 individu, 1 organisasi dihapuskan? Fikir-fikirkanlah.