Suria FM tawar RM50,000


Awal tahun 2009 menyaksikan stesen radio Suria FM terus mengorak langkah dengan lebih kemas mendekati para pendengar.

Ini bertujuan untuk menjadikan stesen radio tersebut sebaris dengan stesen radio popular sedia ada dari segi kualiti dan jumlah pendengarnya.

Bermula dengan pertukaran tagline baru kepada Muzik Terbaik Tanpa Henti, diikuti ‘Road Tour Lelong Amal’ dan yang terbaru kuiz ‘Teka Suara Siapa di Suria’ (TSS) dilihat dapat merealisasikan cita-cita mereka.

Menyentuh kuiz terbaru Suria FM, TSS, menariknya, konsep kuiz ini cukup mudah.

Setiap perkataan Muzik Terbaik Tanpa Henti akan disebut oleh empat personaliti yang berbeza.

Personaliti tersebut tidak semestinya terdiri daripada penyanyi dan pelakon, tetapi juga merangkumi pengarah, ahli sukan dan tokoh-tokoh terkenal negara.

Jika nama personaliti tersebut tersenarai dalam jawapan yang diberikan maka pendengar akan memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 untuk setiap nama yang betul buat pertama kalinya.

Menariknya, apabila kesemua personaliti dapat dijawab dengan tepat, pendengar akan memenangi wang tunai terkumpul yang berjumlah RM50,000.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kuiz ini, senang sahaja.

Pendengar hanya perlu mendaftar menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap jam dengan menaip SURIATSS diikuti nama penuh dan nombor mykad ke 33511 dan tunggu panggilan daripada penyampai Suria FM iaitu Zizi dan Tuah.

Kuiz tersebut bakal menemui pendengar Suria FM pada 16 Februari hingga 15 Mac ini melalui program Breakfast@Suria.

Selain itu, seperti juga TSS yang ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat, kuiz Itu Aje juga menyediakan hadiah yang tidak kurang lumayan kepada pendengar setia Suria FM.

Sehingga semalam, jumlah wang yang terkumpul telah mencapai angka RM2,950 dan para peserta perlu mengenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyi daripada sedutan hujung lagu sebelum mendapatkan wang terkumpul berkenaan.

Selain itu, banyak lagi kuiz dan permainan yang ditawarkan di Breakfast@Suria seperti Kacap Terlabik, Apa Itu, Pasang Telinga dan Sumbang Mambang yang pastinya menyediakan hadiah menarik kepada para peserta.

Malah suatu kelainan yang ditonjolkan pada hari Khamis dan Jumaat apabila terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak produksi dalam program pagi mereka.

Menurut penerbit Breakfast@Suria, Noor Azliena Mohd. Yunus, segmen Celebrity Room yang disiarkan setiap hari Khamis akan menampilkan artis-artis popular berkongsi perkembangan terbaru di samping turut terlibat dalam perbincangan topik perbualan pada hari tersebut.

Antara artis yang terlibat dalam segmen ini ialah Noryn Aziz, Datuk Jalaluddin Hassan, Liyana Jasmay dan Rosyam Nor.

Satu kelainan yang cuba ditonjolkan oleh stesen radio yang diterajui oleh Engku Emran selaku Ketua Pegawai Operasi melalui segmen Bersama Kak V.

Mereka yang ingin mempunyai lebih banyak lagi pilihan radio di waktu pagi boleh mengikuti program Breakfast@Suria di Suria FM melalui frekuensi Lembah Kelang (105.30 fm), Seremban (107.0 fm), Melaka dan Johor Utara (88.8 fm), Kuantan (96.1 fm), Kuala Terengganu (102.4 fm) dan Taiping (91.7 fm).

Selain itu, Suria FM juga boleh diikuti di negeri-negeri lain seperti Kota Bharu (106.1 fm), Ipoh (96.0 fm), Johor Bahru (101.4 fm), Kota Kinabalu (105.9 fm), Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (106.9 fm).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Suria FM di www.suriafm.com.my
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url