Dr. Zambry Menteri Besar Perak yang baru


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

– UTUSAN
Next Post Previous Post
7 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 5 Februari 2009 pada 11:08:00 PTG SGT

    Org PAS memang dah biasa jadi pembangkang.
    Masalahnya orang yang tidak biasa jadi pembangkang, dah biasa jadi pemerintah. Bila kena turn jadi pembangkang, panas punggong! tu yg buat politik kotor.

    kalau ada YB Parlimen kalau lompat, siap2lah Najib/Pak lah mengemas meja dan kerusi.

    kuang...kuang....

  • Ayen Giggs
    Ayen Giggs Jumaat, 6 Februari 2009 pada 9:31:00 PG SGT

    X paham betul aku,pelik..X malu ke jap lompat sane pastu xdan berape ari lompat sini plk.Maruah letak kat mane yek?...

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 6 Februari 2009 pada 9:38:00 PG SGT

    org politik memang tak tahu malu
    hehe

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 6 Februari 2009 pada 9:48:00 PG SGT

    Orang PR ni betul semua ke?. Takkan UMNO/BN saja yang salah dan macam2 lagi.

    3 orang ADUN yang lari dari PR tu betul ke?.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 6 Februari 2009 pada 10:31:00 PG SGT

    sya tak berkenan tengok berita lately..
    naik muntah dibuatnya melihat gelagat politikus skg ni yg mcm budak2 bermain..

    aci x suka je..taknak main....lompat sana lompat sini...

    kalo dh tak suka pembankang tu jgnla awal2 masuk pembankang..
    bongok!haha..boleh tak..haha...

  • n0n0n
    n0n0n Jumaat, 6 Februari 2009 pada 10:52:00 PG SGT

    actually lg bagus kalo adakan pilihanraya kembali...bukan apa...ada stgh DUN yg kita lihat tak bagus dalam 11bulan ni...ntahla....ni pandangan aku je...kalo ikutkan taknak langsung terlibat dalam politik ni...dari berbalah dan bertikam lidah baik selesaikan masalah tu secepat mungkin agar rakyat senang.....kalo ade yg tak puas ati nk hentam aku,jenguk2 la blog aku ea?dialu2 kan...hehehehe...

    Salam semua

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 23 Oktober 2014 pada 12:41:00 PTG SGT

    Mohd Khairi Abidin
    Kangar, Perlis

    Sungai Timah, berdekatan Spg Pulai satu ketika dulu tak ada kemudahan asas. Minggu lepas saya singgah selepas terlihat papan tanda yang menarik. Tak ada yang menarik pun sebab kerja2 naik taraf sdg dijalankan. Jalan dan kawasannyan belum lagi berturap.
    Sampai sj, baju biru muda (petugas) tahan, suruh beli tiket kalau nk masuk. Org dewasa RM 3, kanak2 RM 1.50, terkedu saya sebab kawasan rekreasi itu belum siap, debu tanah berterbangan. Pandai orang Dr. Zambry buat duit.
    Saya pelancong tak kisah sangat, tapi kalau org tempatan yang datang satu van,10 org. Oi byk tu kena bayar, RM 30. Hanya untuk mandi di Sungai Timah dan tengok/ rasa air panas. Lain le kalau ada permainan atau lain2 lg. Org miskin akan terasa bebannya, at last anugerah Allah kpd org Simpang Pulai hanya dinikmati oleh orang berada sahaja.
    Saya cadangkan kalau nk kutip duit, kutiplah untuk bayaran letak kereta sahaja seperti yang sering dilakukan oleh agensi kerajaan yg lain. Lainlah kalau ad…

Add Comment
comment url