Top Ad 728x90

,

Desiran bayu Batu Buruk

Pantai Batu Buruk adalah antara kawasan riadah paling popular di Terengganu.

Pesisiran pantainya yang cantik dan bersih menjadi tumpuan warga tempatan mahupun pelancong luar yang datang bersama keluarga bagi mengisi cuti hujung minggu.


Ada juga yang singgah semata-mata untuk menjamu selera di deretan gerai menghadap kawasan pantai.

Boleh dikatakan, setiap Jumaat dan Sabtu, tarikan pelancongan di negeri pantai timur ini sesak dengan pengunjung.

Selain bersantai, ada yang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sambil menikmati udara segar atau berkelah bersama ahli keluarga.

Makan malam pasti lebih istimewa jika anda berkunjung ke Bistro Batu Burok yang sentiasa menyediakan pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa.

Aktiviti kesenian anjuran pelbagai agensi kerajaan juga memeriahkan suasana di pantai peranginan ini.

Lazimnya acara ini bermula pada kira-kira 3 petang selepas solat Jumaat selesai.

Antara program merakyatkan seni yang selalu diadakan termasuk pertunjukan pentas seperti drama, manakala acara nyanyian mengambil tempat pada sebelah malam.

Dalam mempopularkan kembali permainan tradisional, pesta pantai juga diadakan bagi mengimbau kembali acara tahunan yang sering kali ditunggu-tunggu oleh warga Terengganu.

Semangat pencinta warisan tradisional juga dipersembahkan menerusi seni rodat.

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana anak mereka boleh bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan dengan pantai.

Selain itu, wakaf atau pondok kecil dibina bagi memudahkan pengunjung berehat sementara menantikan cuaca redup pada sebelah petang.

Keadaan pantai juga semakin elok selepas pembinaan tebing tambak bagi membendung masalah hakisan.

Pengunjung tidak perlu risau kerana ada banyak kedai menjual makanan dan pelbagai barangan di sepanjang pantai ini.

Dari warung makan nasi dagang dan keropok lekor yang menjadi hidangan warisan Terengganu, semuanya dapat dinikmati dengan harga yang amat berpatutan.

Pengunjung dari Melaka, Abu Sharin Mohamad, berkata dia akan sentiasa singgah di Pantai Batu Burok setiap kali berkunjung ke Kuala Terengganu walaupun menyedari kawasan peranginan itu sentiasa sesak dengan pengunjung.

"Sebelum ini, saya pernah beberapa kali singgah di pantai ini. Selain kawasannya yang masih terjaga, kami juga suka dengan makanan tempatan yang terdapat di sini.

"Terasa seperti ada kekurangan jika tidak singgah di Pantai Batu Buruk," katanya.

1 Comment:

  1. saya pun selalu singgah dipantai ini ketika balik kampung. Tapi makan disana kena hati2 sikit, ada kedai yang cekik darah.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90