Top Ad 728x90

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST 2009

TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a. Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c. Pensel 2B dan Pemadam

2. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Penampilan dan pakaian lelaki:

a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a. Meniru.
b. Mengambil ujian untuk orang lain.
c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5. Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.

2 Comment:

  1. "b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan."

    klaka betul syarat ni.actly bukan syarat tu yg klaka, si calon. kebanyakan calon di tempat saya, pakai pakaian seperti mahu ke majlis makan malam tahunan anjuran Festival Filem Malaysia. Pelbagai rekaan sandal terbaru diperlihatkan..

    BalasPadam
  2. betul tu
    nasib baik pengawas peperiksaan tak tegas sgt
    kalau masa interview, memang kena halau dah
    haha

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90