Top Ad 728x90

,

Dewan Rakyat kecoh angkara Lim dakwa 'UMNO gila'

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan pertikaman lidah antara wakil Barisan Nasional dan DAP berikutan kenyataan Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) "Umno gila'.

Perbalahan berlaku antara Lim dengan beberapa ahli Parlimen BN antaranya Dr Mohd Puad Zarkashyi (BN Batu Pahat); Dato' Mohammad Aziz (BN Sri Gading); Dato' Abdul Ghappur Salleh (BN Kalabakan); Dato' Bung Mokhtar Raden (BN Kinabatangan).

Sebaik sahaja Lim mengeluarkan kenyataan "Umno gila' dan disambung lagi dengan kononnya beliau mahu menyatakan 'Umno gila kuasa', beberapa ahli Parlimen BN berteriak.

Mereka meminta Lim menarik kembali kenyataan tersebut yang didakwa menghina ahli Dewan, namun Lim tetap enggan menarik kembali kenyataan tersebut.

Beberapa wakil BN bangun menyelar dengan perkataan antaranya 'anjing' dan membunyikan suara anjing kepada Lim serta beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Paling menarik apabila wakil Sri Gading yang meminta Lim menarik semula kenyataan menyatakan beliau tidak kisah jika Lim menyatakan "umno gila kuasa kerana DAP puan gila kuasa. Tetapi beliau tersentuh apabila Lim menyatakan kononnya 'Umno gila'.

Tuduh menuduh terus berlaku dan beberapa ahli Parlimen DAP lain lagi mencelah antara satu sama lain.

Pertikaman lidah berlaku hampir 20 minit memaksa Speaker, Dato' Ronald Kiandee memerintahkan Lim dan Bung Mohktar menarik kembali kenyataan masing-masing yang dikatakan menghina antara satu sama lain.

Namun Lim yang terlebih dahulu diminta menarik kenyataannya enggan berbuat demikian dan Ronald mengarahkan beliau dikenakan tindakan keluar dewan hingga jam 1.00 petang.

Lim sebaliknya bertegas menyatakan beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.

Beliau sebelumnya mempertikaikan tindakan tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Kekecohan itu tidak terhenti hanya setakat perbalahan antara Lim dan beberapa anggota Parlimen BN, sebaliknya pada jam 12.30 hingga 1.00 petang sekali lagi perbalahan kecil terjadi.

Ia berikutan tindakan menghadkan perbahasan Rang Undang-undang (pindaan) Suhakam yang bagi Pakatan Rakyat hanya dibuat dalam masa yang singkat.

Sebaik Dewan Rakyat berhenti rehat, Pakatan Rakyat mengadakan sidang medianya di Lobi Parlimen bagi mengecam pengendalian Rang Undang-undang itu yang dibuat dalam masa singkat.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar (PAS Tumpat) dalam ulasannya di sidang media menyatakan, Rang Undang-undang itu sepatutnya perlu dibahaskan dalam masa yang secukupnya.

Beliau mendakwa rang undang undang itu sengaja dibentang tergesa-gesa dan singkat perbahasannya hanya untuk memastikan Malaysia membuat pindaan tatkala esok dijadualkan persidangan mengenai isu hak asasi manusia di Geneva.

- HARAKAH DAILY

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90