Top Ad 728x90

,

Lebih 10,000 permohonan isi 100 jawatan LPP

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima lebih 10,000 permohonan dari seluruh negara untuk mengisi hanya kira-kira 100 jawatan kosong pelbagai peringkat dalam organisasi tersebut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahim Ahmad berkata, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan itu dicapai hanya dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini selepas permohonan jawatan ditutup.

"Dulu paling banyak permohonan pun kira-kira 5,000 namun tahun ini ia meningkat mendadak dalam tempoh singkat.

"Keadaan ini kerana krisis ekonomi menyebabkan peluang kerja terbatas dan banyak pekerja dari sektor-sektor lain terpaksa memilih bidang pertanian," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Beliau memberitahu, kerajaan telah menyediakan dana perbelanjaan mengurus sebanyak RM130 juta untuk menyediakan pelbagai program dalam usaha merancakkan pembangunan sektor itu.

Jelasnya, perbelanjaan itu melibatkan latihan, bimbingan serta pembelian peralatan termasuk kenderaan manakala sebanyak RM186 juta disediakan untuk bantuan membekalkan jentera ke dalam sektor pertanian.

"Tahun lepas kerajaan telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM315 juta untuk tempoh tiga tahun.

''Sebanyak RM86 juta digunakan tahun lepas manakala tahun ini RM186 juta akan dibelanjakan dan bakinya untuk tahun depan,'' katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim turut mengumumkan tarikh persaraan beliau bermula Ahad ini dan tempatnya akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP sekarang, Mariam Mas Yaacob.

"Saya telah berkhidmat selama dua tahun enam bulan dalam jawatan ini dan telah melakukan yang terbaik. Saya berharap selepas ini LPP akan terus maju dan menjadi tulang belakang kepada golongan petani di negara ini," katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90