Top Ad 728x90

Perkhidmatan jalur lebar 3G DiGi


Walaupun dikatakan lewat berada di pasaran, DiGi Telecommunications Sdn Bhd melancarkan jalur lebar 3G bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Perkhidmatan jalur lebar yang menjanjikan nilai dan kualiti Internet bagi memenuhi jangkaan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Johan Dennelind berkata, pihaknya akan berusaha meningkatkan pengalaman pengguna jalur lebar masa kini.

"Kami berharap pelanggan akan mendapat kelainan dengan menjadikan jalur lebar DiGi lebih menarik.

"Kami menerima cabaran untuk menjadikan pasaran jalur lebar sama seperti perkhidmatan suara," katanya.

Johan menambah pihaknya mengambil kesempatan pengalaman daripada yang lain termasuk amalan baik Telenor.

Strategi terus ke pasaran mengubah pasaran normal dengan dengan pendekatan baru dengan memberi keutamaan kepada pengalaman pelanggan.

DiGi akan terus memberikan nilai yang tinggi kepada pelanggan dengan kelajuan purata 700kbps dengan serendah RM2 sehari.

"Pihak kami memberikan penekanan terhadap ketelusan kelajuan purata supaya pengguna tahu apa yang mereka dapat dengan bayaran yang diberikan," katanya.

Menjadi pembekal jalur lebar terkini, DiGi telah melabur dalam teknologi HSDPA yang pertama di negara ini yang memberikan kelajuan sehingga 14.4Mbps bagi membolehkan muat turun dan muat naik lebih pantas.

Semasa pelancaran, perkhidmatan 3G boleh di Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sunway dan Bangsar.

Kawasan lain Lembah Kelang akan mendapat perkhidmatan jalur lebar DiGi dalam masa seminggu.

DiGi merancang meliputi lebih 1,000 zon dalam lima pusat pasaran sehingga akhir tahun.

Di luar kawasan liputan 3G, pelanggan secara automatik mendapat rangkaian Internet dalam liputan EDGE yang terluas.

Bagi pelan jalur lebar DiGi, pelanggan tidak terikat dengan sebarang kontrak dan mereka yang tidak berpuas hati boleh menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa.

Johan berkata, beliau memberi penekanan kepada pengalaman yang berkualiti.

"Dengan penembusan jalur lebar hanya 21.2 peratus sehingga akhir 2008 dan masih banyak ruang untuk berkembang.

"Kami yakin menjadi penyumbang kepada peningkatan penembusan jalur lebar di dalam negara," katanya.

Johan berkata, pihaknya mensasarkan mendapat satu pertiga daripada pasaran jalur lebar dalam tempoh lima tahun.

Buat masa ini, DiGi memperkenalkan jalur lebar 3G bagi komputer peribadi manakala perkhidmatan suara dan data bakal dilancarkan tidak lama lagi.

DiGi merancang untuk menawarkan lebih daripada pelan jalur lebar di mana pelanggan akan menikmati nilai yang lebih tinggi dengan pakej hasil kerjasama dengan rakan niaga lain.

Bagi mempromosikan pembangunan kandungan tempatan, DiGi telah menyediakan myinternet.com.my, sebuah tapak yang mengumpulkan semua kandungan bagi memudahkan pelanggan mencari kandungan yang sesuai.

DiGi dijangka melabur sebanyak RM300 hingga RM400 juta setahun bagi tempoh tiga tahun akan datang bagi melaksanakan jalur lebar mudah alih 3G.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90