Top Ad 728x90

,

Saintis Jepun cipta seluar dalam bebas bau

Bosan dengan soalan memalukan bilakah kali terakhir anda menukar seluar dalam anda? Saintis angkasa lepas Jepun mungkin mempunyai jawapan kepada soalan itu - sejenis seluar dalam bebas bau dan pakaian kasual.

Koichi Wakata, angkasawan pertama Jepun yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), menguji pakaian yang dinamakan sebagai J-ware, rekaan pakar tekstil di Universiti Wanita Jepun di Tokyo.

''Dia boleh memakai seluar dalamnya lebih dari seminggu,'' kata seorang pegawai, Koji Yanagawa yang berkhidmat dengan Agensi Penjelajahan Angkasa Lepas Jepun.

Pakaian yang diuji Wakata, ciptaan penyelidik Yoshiko Taya, direka untuk membunuh bakteria, menyerap air, melindungi badan dan mampu kering dengan cepat. Ia juga kalis api, anti statik di samping selesa dan bergaya.

Angkasawan Jepun, Takao Doi menguji pakaian tersebut dalam satu ujian tahun lalu. Walaupun selepas bersenam, pakaian yang dipakainya kekal kering.

''Angkasawan lain mengalami peluh yang banyak, namun tidak bagi Doi. Dia juga tidak perlu mengeringkan bajunya,'' kata Yanagawa.

J-ware juga mampu mengurangkan jumlah pakaian yang perlu dihantar ke ISS yang tiada perkhidmatan dobi.

Membawa bersama kargo ke angkasa lepas menelan kos yang tinggi, jadi dengan membawa pakaian yang kekal baru dan bersih selama berminggu-minggu, ia merupakan satu kaedah penjimatan yang berkesan.

Agensi Angkasa Lepas Jepun merancang untuk menawarkan pakaian tersebut kepada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan rakan-rakan kongsi angkasa lepas yang lain sebaik saja rekaannya dilengkapkan. Ia akan turut dikomersialkan tidak lama lagi.

Taya dalam pada itu turut bekerja dengan pengilang pakaian Toray Industries and Goldwin Inc. yang mengeluarkan pakaian yang dilengkapi lapisan nipis mikroskop kimia yang terdapat dalam bahannya.

Wakata yang tiba di ISS minggu lalu berkata, pakaian tersebut berfungsi dengan baik.

''Tiada siapa merungut, jadi saya rasa semuanya berjalan lancar,'' katanya.

- REUTERS

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90