Top Ad 728x90

,

Lelaki maut diserang biawak Komodo

Dua biawak Komodo menyerang seorang pengutip buah sehingga mati di timur Indonesia dalam satu insiden terbaru melibatkan serangan spesies cicak terbesar itu ke atas manusia, lapor polis dan saksi hari ini.

Menurut Sarjan Kosmas Jalang, mangsa, Muhamad Anwar, 31, diserang biawak tersebut beberapa minit selepas terjatuh dari sebatang pokok buah nona semalam.

Seorang jirannya, Theresia Tawa berkata, berikutan serangan itu, mangsa cedera parah akibat gigitan di bahagian tangan, badan, kaki dan leher selepas dua ekor cicak terbabit yang berada di bawah pokok menyerangnya.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di sebuah klinik di sebuah pulau berhampiran Flores tidak lama kemudian.

Serangan ke atas manusia oleh biawak Komodo yang bilangannya kini dikatakan kurang 4,000 ekor jarang berlaku, namun ia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2007, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mati setelah diserang spesies cicak terancam itu, sekali gus muncul kes pertama melibatkan Komodo dalam masa tiga dekad.

Seorang renjer taman nyaris-nyaris terbunuh selepas seekor biawak Komodo memasuki pondoknya bulan lalu dan menggigit tangan serta kakinya.

Menurut stesen televisyen Metro TV, terdapat beberapa serangan lain yang turut direkod sejak beberapa bulan lalu.

Reptilia itu yang boleh membesar sehingga tiga meter panjang dengan berat 70 kilogram, mempunyai barisan gigi seperti jerung yang mampu menggigit sehingga menyebabkan kematian.

Air liurnya secara kasar mengandungi 50 jenis bakteria berbeza, yang boleh menyebabkan risiko jangkitan.

Komodo hidup di habitat liar di kepulauan Komodo, Padar dan Rinca di Indonesia. Sebahagian kecil dari spesies itu juga boleh ditemui di Flores.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90