Top Ad 728x90

, ,

Empat langkah mencegah Selsema babi

Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan serta-merta empat langkah bagi mencegah wabak selesema babi daripada menular ke negara ini.

Langkah-langkah tersebut ialah:

l Melaksanakan pemantauan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap situasi terkini wabak itu bagi memastikan tindakan proaktif dapat diambil untuk melindungi kesihatan awam di negara ini.

l Meminta pengamal perubatan termasuk di sektor swasta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kes-kes yang mempunyai tanda-tanda 'penyakit seperti selesema'. Ia termasuk kes rawatan yang mempunyai gejala penyakit radang paru-paru yang teruk dan individu yang pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.

Pengamal perubatan diminta memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dengan serta-merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

l Melakukan saringan tanda-tanda jangkitan selesema babi di semua pintu masuk negara ini untuk pelawat atau warga Malaysia yang pernah melawat ke Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.

l Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun meminta orang ramai tidak risau dengan keadaan di Mexico dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, pihak berkuasa di negara terbabit telah bekerjasama dengan WHO untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan wabak itu daripada menular ke luar negara.

"Tindakan kerjasama perkongsian maklumat serta langkah pencegahan dan kawalan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan pihak WHO," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Ismail, orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi ini boleh menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300.

"Maklumat berkenaan wabak selesema babi juga akan disediakan di laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.my mulai minggu ini," katanya.

Semalam, agensi berita asing melaporkan seramai 81 orang maut di Mexico akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater bagi membendung penyebarannya.

WHO dalam kenyataannya pula berkata, sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia.

Tanda-tanda selesema babi menyamai selesema biasa iaitu demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan dan setakat ini tidak terdapat vaksin bagi wabak terbaru itu.

- UTUSAN

3 Comment:

  1. memang skrg ni mcm2 dah berlaku cth..plb penyakit spt seslesema burung @ babi,kanser,dan plb penyakit2 lain ..
    kadang2 kita tertanya nape zaman rasulullah & nabi2 yg terdahulu X de penyakit @ malapetaka seperti kini..
    jwp nya ada pd kita,
    manusia sendiri yg membuat pelbgi kemajuan dr pelbagai segi spt..kemajuan kimia,,muncul dadah,acid dan Nuclear serta byk lagi..
    menyebabkan dunia ni ada sinaran radioaktive yg bleh menyebabkan mutasi(DNA berubah & rosak) berlaku ,nuclear sbg senjata perang terunggul memusnahkan manusia2 lain dikatakan munsuh..tapi jika bom nuklear diletupkan pd 1 tmp,tmp tu akan musnah semua kehidupan nya dan tmp2 yg berdekatan dgn letupan itu (berdekatan dimaksudkan ialah negara di sebelah) akan terjadi mutasi,,itu lah ada manusia @ binatang yg peik dan cacat(krn DNA tleh mutasi) dan plb lagi..
    mengejar kemajuan dgn membina bangunan2 besar secara pesat..habis mengondolkan hutan2,menggunakan jentera yg mengeluarkan asap,membawa pokok2 utk dipotong menggunakan arus sungai utk dihantar ke kilang menyebabkan sungai tercemar,dan plb lagi
    sekarang..
    penduduk di dunia semakin ramai,dan kemahuan & kehendak semakin byk..nak brg 2 dan plb ihlam2 baru nak membina benda2 baru dan sebagai nya..
    suhu dunia meningkat,plb penyakit muncul,paras air laut meningkat di sebabkan ais di kutub semakin cair,dan plb bencana yg berlaku,,
    X ketinggalan perangai manusia sendiri yg turut menjadi semakin teruk dan terkutuk zaman ke zaman..

    walaubagaimanapun,
    manusia X boleh lari dr kemajuan,
    sbb itu kemajuan kimia ,pembangunan ,dan sbg nya X bleh di elakkan..
    tanpa kimia tiada dadah,tanpa dadah tiada ubat..
    tanpa kimia tiada sinaran radioaktive,tanpa radioaktive bagaimana nak merawat penyakit kanser..tetapi kanser adalah kerosakkan DNA krn wujudnya radioaktive di dunia ini..cth:ibu yg mengandung scan anak dlm kandungan nya utk mengetahui jantina anak nya..maka anak nya terdedah pd radioaktive yg bleh menyebabkan anak yg dilahirkan cacat..tapi ada juga yg scam tapi anak nya normal,sbrnya semua itu kuasa allah swt utk menciptakan makluknya pd bentuk yg dikehendaki nya..sesunggunhnya Allah swt lebih mengetahui apa yg dilakukkanya dan jika anak yg dilahirkan cacat,sbrnya Allah sengaja menjadikan nya sebegitu rupa dan bukannya kesilapan dr Allah utk mencipta nya sebegitu rupa..

    dan kemajuan terus menerus dibina oleh manusia,,
    membawa kepada keburukkan ,dan manusia itu sendiri cuba menghasilkan kemajuan baru utk menyelesaikan keburukkan yg dilakukkan oleh kita sendiri..dan dtg pula keburukkan baru dr kemajuan yg lain dan terus menerus tiada henti utk masalah ini..
    sehinggalah berlaku nya hari pembalasan(hari kiamat)..

    Subanallah..

    BalasPadam
  2. Maaf jika ada terkasar bhs..
    yg baik dr Allah swt
    dan yg buruk atas kesilapan bahasa & ejaan dr kelemahan diri sy sendiri..

    wasalam~

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90