Top Ad 728x90

, ,

Hanya rakyat boleh nilai saya - Ahmad Said

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata hanya rakyat yang boleh membuat penilaian sama ada beliau berjaya atau gagal dalam menerajui negeri ini.

Ahmad berkata rakyat menjadi "hakim" sama ada mereka masih mahukannya memimpin mereka atau sebaliknya kerana kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan rakyat menggambarkan sentimen mereka.

"Jika saya gagal, gantilah saya tetapi untuk masa yang singkat ini, berilah saya peluang membuktikan keikhlasan dan kesungguhan saya memperjuangkan nasib rakyat.

"Jangan diletak halangan di hadapan saya yang bertujuan untuk menggagalkan saya," katanya ketika diminta mengulas sama ada kemelut politik yang berlaku sekarang menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Ahmad berkata beliau tidak mahu kemelut itu berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke13 kerana kesannya amat buruk kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya akui, insiden yang berlarutan dari hari saya dilantik menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, merupakan sejarah hitam dalam perjuangan Umno di Terengganu," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu mengubat perasaan anggota Umno dan lebih penting perasaan rakyat yang telah lama menaruh harapan kepada parti itu untuk membela mereka.

"Kepada ahliahli Umno, pilihlah jalan yang benar dan terbaik kerana kita sekarang bukan hanya berdepan parti lawan tetapi karenah dalaman yang akan membuat rakyat hilang kepercayaan kepada parti," katanya.

Mengenai pelantikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Ahmad berkata beliau menyokong penuh pelantikan itu dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memperkukuhkan parti.

Beliau berkata pengagihan kuasa pentadbiran dan politik itu akan membolehkannya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri yang sudah lebih setahun terhalang disebabkan tekanan politik.

Ahmad yang kini timbalan pengerusi Umno negeri, berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Hishammuddin bagi membincangkan beberapa perkara untuk kebaikan semua pihak di negeri ini.

"Apa yang perlu diutamakan ialah kepentingan rakyat dan bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Saya yakin rakyat sentiasa menyokong saya...Ini (kemelut yang berlaku sekarang) perkara kecil. Dulu semasa pelantikan saya sebagai Menteri Besar lagi hebat," katanya.

Ditanya mengenai sikapnya yang mendiamkan diri daripada menjawab tohmahan dan serangan peribadi terhadapnya, Ahmad berkata beliau tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menambah kekeliruan rakyat terhadap insiden yang berlaku.

Sementara itu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi memasang CCTV di semua tujuh daerah di negeri ini. Setakat ini, daerah Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang telah mempunyai CCTV manakala Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman masih dalam proses pemasangan dan dijangka siap tidak lama lagi.

- BERNAMA

1 Comment:

  1. undian di blog myadha ni doh buktikan ape rakyat ganu mahu LOL!!

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90