Kemelut politik Terengganu: 10 ADUN boikot sidang DUN


Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini 'memulaukan' persidangan Dewan Undangan Negeri pagi ini - yang berlangsung buat hari kedua - berkaitan dengan kemelut politik negeri itu.

Perkembangan terbaru ini dikaitkan dengan desas-desus sejak beberapa bulan lalu bahawa ada usaha berterusan untuk menggesa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketiadaan kesemua mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota exco dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari PAS.

Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri sidang Dewan pagi ini.

Sumber-sumber memberitahu bahawa difahamkan mereka berbuat demikian untuk menekan Menteri Besar yang dilantik Mac 2008 supaya meletakkan jawatan.

Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Bagaimanapun Rosol ketika ditemui wartawan di sini memberitahu, tindakan mereka itu bukan bertujuan memulaukan sidang DUN.

Sebaliknya jelas beliau, pihaknya bertindak demikian demi faktor keselamatan selepas menerima SMS berbentuk ugutan semalam.

Tengah malam tadi pula tiga ADUN BN Terengganu termasuk Rosol membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Isu itu dipercayai berlaku selepas Ahmad membuat kenyataan untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN, jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau.

Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, lapan daripadanya diwakili pembangkang.

- MSTAR
Next Post Previous Post
3 Comments
  • najamarine
    najamarine Selasa, 14 April 2009 pada 3:08:00 PTG SGT

    aduiii..pening la tgk geng2 idris jusoh ni..
    tak habis2..mula2 cakap provokasi pembangkang.

    lepas tu tak nak dtg persidangan,alasan keselamatan memang tak logik..kalau dah tau semua tu khabar angin kenapa percaya..

    jangan terikut2 rentak pembangkang,lawan sultan..bubar dun la,tak setuju perlantikan MB.harap2 mereka sedar yg semua ni akan memakan diri mereka sendiri..hentikan la perasaan pentingkan diri sendiri.YB semua di lantik untuk menjaga kebajikan masyarakat bukan menjaga kedudukan sebagai ahli DUN dan mempertahankan pemimpin yg kurang di senangi rakyat terengganu..kami berpuashati dengan YB ahmad said.tidak ada kesalahan yg berlaku dalam pentadbiran nya sekarang.

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Selasa, 14 April 2009 pada 4:18:00 PTG SGT

    betul kata saudara Naja
    nampaknya ada unsur2 "tangan luar" yang sedang merancang sesuatu
    kita sama2 tunggu & lihat sandiwara mereka :)

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 19 April 2009 pada 8:28:00 PG SGT

    buat ape nak pening dengan kemelut ini.....
    dato idris sudah memahat sejarah mencipta tamadun di terengganu.beliau bukan calang2 pemimpin....
    this ideas is very goood.....

Add Comment
comment url