Kisah sedih orang Islam di sebalik April Fool
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
astagfirullah...
em sy mmg tak gemar lah benda2 yg membodohkan org ni. mmg tak penah buat kat org,tp penah terkena. da nama pon 'april fool' pasti nk bodohkan org. huh!
p/s-sy amik ye article ni,nk post kat blog sy. tq
sebab tu sy benci ngan orang islam yg mnyambut april fool ini.mereka perlu apa maksud sebenar perayaan april fool ini.
p/s:nk amek gak article ni juga utk blog sy.hope tuan umah izinkanlah ye,:]
betul tu saudara
saya juga pernah terkena
sememangnya, banyak budaya barat tak elok yang org kita banyak amalkan
dipersilakan letak di blog saudara :)
bro..ak nk post kt blog ak
ye ke? mtk kebenaran nak copy artikel ni.. TQ
ramai umat islam yang hanyut
isk..sedihnya..baru tau kisah sebenar..tima kasih erk..nak mintak kebenaran nak ltk gak kat blog...tq erk