Lakukan seks ketika kereta bergerak
Lelaki berumur 28 tahun dan pasangannya yang berumur 22 tahun itu ditangkap anggota polis trafik kelmarin di lebuh raya E18 kira-kira 40 kilometer ke barat Oslo.
Kereta Mazda 323 yang dinaiki pasangan itu mencatatkan kelajuan 133 kilometer sejam (km/j) dalam zon had laju 100 km/j.
“Kereta itu bergerak ke kiri dan ke kanan kerana wanita itu duduk di atas riba ketika lelaki itu sedang memandu,” kata seorang pegawai polis, Tor Stein Hagen di daerah Soendre Buskerund.
– AFP