Top Ad 728x90

, ,

New York panik


Sebuah pesawat penumpang dan jet supersonik yang terbang rendah di ruang udara Manhattan semalam, menimbulkan kekecohan apabila ramai pekerja di bangunan tinggi bertempiaran menyelamatkan diri kerana khuatir berulangnya insiden serangan 11 September 2001.

Kapal terbang Boeing 747 dan pesawat tempur F-16 berlegar mengelilingi Statue of Liberty dan ruang udara Manhattan berdekatan tapak Pusat Dagangan Dunia menyebabkan kesemua pejabat dikosongkan ketika orang ramai bimbang mengenai pesawat yang terbang terlalu rendah.

Namun ia sebenarnya hanyalah peluang mengambil gambar dalam siri penerbangan untuk mendapatkan imej pesawat tersebut di depan binaan terkenal.

Ia dijalankan oleh Jabatan Pertahanan tetapi tidak memberitahu dengan jelas mengenainya, menyebabkan pegawai-pegawai keselamatan di New York naik angin kerana terpaksa meletakkan White House dalam keadaan berjaga-jaga.

Malah Datuk Bandar Michael Bloomberg tidak tahu mengenainya dan beliau menyifatkan ia sebagai tindakan 'tidak sensitif' kerana terbang berdekatan tapak insiden 9/11.

Pengarah pejabat ketenteraan White House, Louis Caldera mengaku bertanggungjawab beberapa jam kemudian. Satu daripada pesawat terbabit ialah Boeing 747 yang dipanggil Air Force One apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) menggunakannya.

"Minggu lalu, saya meluluskan satu misi di ruang udara New York. Saya mengaku bertanggungjawab atas keputusan tersebut.

"Ketika pihak berkuasa persekutuan mengambil langkah penting untuk memberitahu pihak berkuasa negeri dan tempatan di New York dan New Jersey, jelas misi ini telah menimbulkan kekeliruan dan kekacauan. Saya meminta maaf dan akan memikul tanggungjawab terhadap masalah yang timbul," kata Caldera lagi.

Presiden Barack Obama juga sangat marah dengan insiden tersebut, kata seorang pegawai White House yang enggan dikenali.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90