Top Ad 728x90

Bencana seks luar tabie

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?” (al-A’raf: 80)

Huraiannya
Penyelewengan keinginan seks yang berlaku dewasa ini sebenarnya telah berlaku sejak zaman Nabi Lut a.s lagi. Antaranya ialah perbuatan liwat yang diceritakan dalam kisah kaum Nabi Lut sehingga Nabi Lut sendiri mengatakan kepada mereka bahawa mereka adalah peneroka-peneroka pertama dalam keinginan seks yang ganjil yang tidak dijadikan Allah di dalam fitrah manusia.

Nabi Lut juga menyatakan bahawa tidak ada manusia yang mendahului mereka dalam penyelewengan seks yang keji itu.

Perbuatan liwat amatlah keji di sisi Islam kerana ia berlawanan dengan fitrah semula jadi keinginan seks manusia dijadikan Allah. Fitrah semula jadi keinginan seks oleh manusia adalah bertujuan untuk meneruskan zuriat manusia berkembang biak di atas muka bumi Allah SWT ini.

Kesimpulan

Umat Islam hendaklah menjauhi daripada melakukan penyelewengan seks sebagaimana umat Nabi Lut a.s. Ini kerana perbuatan maksiat itu akan mengundang bala bencana daripada Allah SWT.

Keinginan seks hendaklah disalurkan melalui cara yang betul sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam melalui ikatan pernikahan yang suci.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90