Siapa Azilah Hadri dan Sirul Azhar?


Siapa Cif Inspektor Azilah bin Hadri?

Setakat ini, tidak banyak butiran peribadi tentangnya yang diketahui umum. Beliau lahir pada 28 Mac 1976 di Sarikei, Sarawak memegang kad pengenalan 760328-13-6051. Ibunya bernama Latiffah Abdullah (55). Anak sulung daripada 12 adik-beradik.

Mendapat pendidikan hingga tahap Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarikei. Oleh kerana dia berasal dari keluarga miskin, dia terpaksa membawa ibu bapanya yang sudah tua dan tidak bekerja tinggal di Sepang , Selangor berdekatan Balai Polis Sepang, tempat beliau bertugas.

Azilah masih bujang tetapi mempunyai seorang anak angkat lelaki 4 tahun bernama Muhammad Azizul Azilah Hadri. Azizul memanggil Nor Azila sebagai mummy manakala Azilah pula sebagai abah. Azilah sudah bertunang dengan Norazila Baharudin (29). Sebelum ditangkap , Azilah tinggal di mes bujang Bukit Aman.

Yang menariknya, DSP Zainudin memberitahu mahkamah bahawa Azilah bertugas sebagai pengawal pengiring Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Azilah telah memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tugasnya mengiring PM dan TPM. Malah berasa seronok kerana kerap dapat ke luar negara.


Siapa Koperal Sirul Azhar Umar?

Sirul Azhar dilahirkan pada 1972, telah berkahwin namun telah bercerai secara aman dengan isterinya pada tahun 2004. Rakan karibnya, Sarjan Rosli Ibarahim menyatakan yang anak sulung Sirul, perempuan kini dijaga oleh keluarga angkat Sirul Azhar di Muadzam Pahang. Sementara anak kedua lelaki dijaga oleh ibunya di Changkat Jering.

Tugasan terakhir Sirul Azhar ialah menjadi pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Islamabad, Pakistan. ASP Zulkarnain Samsudin menyatakan pada 6 Nov 2006, Sirul Azhar telah menunjukkan bukit di mana wanita itu diletupkan. Rekod Celcom menunjukkan Azilah berada di Puncak Alam (tempat kejadian) dan telah berkomunikasi dengan Sirul dan Abdul Razak Baginda menggunakan telefon pada pukul 10.43 malam dan 11.16 malam pada 19 Oktober 2007.

SUMBER:
NUR AFLAH
http://nuraflah.blogspot.com/2008/11/kenapa-azilah-dan-sirul-bertopeng.html
Next Post Previous Post
7 Comments
  • MaMa Echa&Umar
    MaMa Echa&Umar Khamis, 9 April 2009 pada 12:02:00 PTG SGT

    ni rupenya mereka..hmm...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 9 April 2009 pada 1:40:00 PTG SGT

    betul ke mereka? ntah2,depa dah ditukar identitinye,tetapi wajah2 berikut tu cuma banduan yg memang tunggu turn gantung sampai mati..

  • nurul izzah
    nurul izzah Khamis, 9 April 2009 pada 3:33:00 PTG SGT

    oh...yg terlibat ngan kes altantuya tu ye

  • amy sabahan
    amy sabahan Khamis, 9 April 2009 pada 8:42:00 PTG SGT

    eh ! aku kesian gak tgk dorang nie kena hukuman mati...pelik gak ye..knapa dorang bunuh altantuya tue??? something wrong !!!!!!! Malaysia3.apa nak jadi dgn negara ku yg tercinta

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 10 April 2009 pada 2:05:00 PTG SGT

    kesian betul dengan dua orang ini, tapi bagi saya apa boleh buat . nasihat saya, sebelum kita buat hal , fikir fikirlah masa depan anda dan keluarga anda. janganlah kerana wang dan harta kita menghancurkan masa depan kita. god bless u

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 10 April 2009 pada 2:37:00 PTG SGT

    Ensem kan....

  • JJM d LLB
    JJM d LLB Sabtu, 11 April 2009 pada 7:12:00 PTG SGT

    a man who have vast knowladge about law will not simple do the killing without strong influance of some kind to lured or being presured to execute such sin job. i personnaly felt that they are somewhat victim of circumstances. Malaysian should pray that these man should be given a chance to leave in the jail. Just dont kill them..... give them the befifit of doubt... alow them to bertaubat...

    JJM d LLB

Add Comment
comment url