UMT tubuh syarikat UMT Holding

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menubuhkan sebuah syarikat yang berasaskan keuntungan Julai ini, kata Naib Canselornya Prof Dr Aziz Deraman.

Katanya, penubuhan syarikat yang akan dikenali sebagai UMT Holding itu serta modal permulaan RM2 juta bertujuan memasarkan produk yang dihasilkan oleh para penyelidik di UMT.

"Kita dalam proses akhir untuk mewujudkan sebuah syarikat untuk UMT yang dijangka mula beroperasi Julai ini," katanya pada majlis meraikan kejayaan penyelidik UMT di Pameran Reka Bentuk Teknik dan Produk Baru Antarabangsa ke-37 di Geneva, Switzerland, di sini hari ini.

Selain untuk memasarkan produk UMT, beliau berkata, penubuhan syarikat itu juga bagi membolehkan penyelidik mempelajari selok-belok dalam bidang perniagaan.

Katanya, UMT akan mengenal pasti seorang pengurus yang berpengalaman luas bekerja dengan syarikat besar bagi menguruskan UMT Holding.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
6 Comments
  • D'Rimba
    D'Rimba Jumaat, 17 April 2009 pada 10:30:00 PTG SGT

    HEBATTTTTTTTTTTTT MENGHAYATI SABDA RASULULLAH 9/10 PENDAPATAN DATANG DARIPADA PERNIAGAAN........

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 18 April 2009 pada 11:14:00 PG SGT

    hehehehhehe... universiti sekarang pun dah jadi macam kapitalis... berorientasikan keuntungan... dah tersasar jauh dari matlamat asal penubuhan serta visi dan misi syarikat... untuk aper ??

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 18 April 2009 pada 12:10:00 PTG SGT

    hmmm...komen ckit... sbnrye bukan universiti berorientasikan keuntungan semata2...tujuan holding dibuka unt menambahkan pendapatan universiti so univ ble buat mcm2 kalo dana byk...cth skang univ yg boleh dianggap berjaya dlm holding ialah usm...nama syarikat usains holdings n dipimpin oleh cina...n antara terbaik inter ipta...lgpon kpt mmg sarankan semua ipta ada holdings so tak terlalu bergantung dgn dana kerajaan. kerajaan hadapi kegawatan skang

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 18 April 2009 pada 12:28:00 PTG SGT

    antara objektif penubuhan holdings:
    - mengkomersilkan kepakaran pensyarah
    - menjana pendapatan univ
    - membantu pembelajaran sepanjang hayat kpd masyarakat sekitar dgn penganjuran kursus j/pendek
    - mengurangkan kebergantungan kpd kerajaan
    - menggalakkan penyelidikan dan pengkomersilan hasil research...

    bagus ada holdings...tetapi waloapapun KPT telah menggariskan peraturan tertentu yg mana ipta bole mencari keuntungan selari dgn matlamat penubuhan univ itu sendiri...bukan untung berlebih2 sehingga mengetepikan akademik

    .........suci khalisa.........

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 18 April 2009 pada 2:24:00 PTG SGT

    ermm..
    ada kebaikan n ada keburukan..
    mmg ikut sunnah nabi perniagaan 9/10 daripada rezeki..
    bgs sgt2..
    cakap untuk para penyelidik memasarkan hasil mereka..
    nnt bila sume org pakat nak berniaga je..sape lah nak mengajar..
    sape yg susah nnt..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 3 Jun 2009 pada 11:28:00 PG SGT

    Sokong penubuhan UMT Holding ....NC baru penuh dengan visi dan misi.. penyelidikan perlu diperhebat...makmal dan peralatan saintifik perlu ditambah...ketelusan dan profesionalisme juga perlu seiring...

Add Comment
comment url