Indonesia cadang kawal penggunaan Facebook

Ulama-ulama Indonesia semalam mencadangkan satu peraturan yang sesuai diwujudkan bagi mengawal sikap pengguna Internet di Indonesia.

Cadangan itu dibuat berikutan meningkatnya populariti penggunaan laman web jaringan komuniti Facebook yang cenderung mendorong ahlinya terjebak ke dalam hubungan seks haram.

Kira-kira 700 ulama yang berkumpul dalam satu perhimpunan ulama sedunia di sini meminta suatu garis panduan dikeluarkan bagi menghalang pengguna Internet daripada bercinta sekali gus terdorong melakukan zina.

Satu kajian mendapati Indonesia merupakan negara yang paling ramai melayari laman komuniti Facebook di Asia Tenggara pada tahun 2008 dengan peningkatan 645 peratus atau 831,000 pengguna melayari Facebook.

Laman itu merupakan ruangan paling kerap dilawati di Indonesia.

"Ulama berpendapat satu garis panduan rangkaian Internet wajar diwujudkan kerana laman web komuniti itu akan mendorong kepada perasaan ghairah yang dilarang dalam Islam," kata jurucakap Sekolah Agama Berasrama Lirboyo, Nabil Haroen.

- AP
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Nashrul Sabri
    Nashrul Sabri Jumaat, 22 Mei 2009 pada 11:44:00 PTG SGT

    Agak-agak, bila Malaysia pon nak buat benda yang sama macam Indonesia buat?

  • dayana
    dayana Sabtu, 23 Mei 2009 pada 7:42:00 PG SGT

    byk lg bkn fb jew..tagged...myspace..bla...bla...bla...

Add Comment
comment url