
Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah (gambar) meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Canning di sini semalam.
Almarhum yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 10.45 pagi semalam.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta kerabat diraja lain berangkat menziarahi jenazah Almarhum.
Jurucakap Istana Kinta berkata jenazah Almarhum dijadual dikebumikan pada pukul 9 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam Sekedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya, Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.
_ BERNAMA
0 Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.