Pelajar sekolah agama buang bayi


Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.

Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.

Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.

Gadis itu kemudian mendakwa dia berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Taman Balok Makmur dan meninggalkan bayinya di hadapan sebuah rumah di situ berserta satu nota mohon mayat anaknya dikebumikan.

Keluarga gadis itu hanya mengetahui anak mereka melahirkan anak ketika ibunya mengemas rumah menemui kesan darah di sekitar bilik anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin.

Gadis itu yang dilihat letih mula menceritakan perkara sebenar selepas didesak ibunya berkali-kali mengenai darah di dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.

"Gadis itu kelihatan sedih dan letih semasa membuat laporan polis," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
7 Comments
  • Yeyy Yeyy
    Yeyy Yeyy Sabtu, 30 Mei 2009 pada 11:06:00 PTG SGT

    seriesly,

    i kesian kt baby tu.

    ngan mak dia skali.

    huhuhuhu.things bec0me w0rse if we're n0t honest.

    rite.

    ;D

  • kakak syafiq
    kakak syafiq Sabtu, 30 Mei 2009 pada 11:09:00 PTG SGT

    tak heran la...

    in my case, x-sklah agama(pompuan)dah tunang, ngorat my
    b-i-l, n ajak kawin lari, brani call my s-i-l ckp cinta sgt la kat my b-i-l, n kutuk her own fiancee dpn2 strangers...mana pegi maruah ?

    org skolah agama manusia jugak,
    pakai tudung labuh manusia jugak,
    tend to make mistakes, sedar dgn tidak je...

  • FILZA FITRI EDISON
    FILZA FITRI EDISON Ahad, 31 Mei 2009 pada 12:48:00 PG SGT

    perogol x gune!.
    baby yg kesian.
    ibu muda yg... [ntah la. no komen.]

  • Guru
    Guru Ahad, 31 Mei 2009 pada 11:59:00 PG SGT

    mana pergi orang2 yg sepatutnya menunjukkan jalan pada pelajar ini?cikgu, ibu bapa, jiran, kawan2, pendakwah bebas.....hinggakan dia dalam kesusahan berseorangan..kalau diketahui awal, bukankah satu nyawa dapat diselamatkan?

  • rina
    rina Ahad, 31 Mei 2009 pada 12:31:00 PTG SGT

    ni bukan pasal sekolah agama ke tak sekolah agama. tapi pasal diri minah tu sendiri yang takpikir panjang. dia ingat pancut dalam tu sedap selama2nya kot. pikirla. nak harap ibu bapa tegurpun sampai bila diaorang nak tegur. dah diaorang bagi kepercayaan tu jgn la musnahkan. malu mak ayah. tak dapat nak digambarkan macam mana perasaan diaorang tu. dahla sekarangni ramai lelaki2 yang buaya darat. tapai kalau tak dilayan tu tak jadi jugak. kita pikir la sendiriiiiii

  • Ilyana Fauzy
    Ilyana Fauzy Ahad, 31 Mei 2009 pada 4:45:00 PTG SGT

    Tp dy dirogol. Bkn dy nk. Tp silap dy gak x btau parents awl2. Haih

  • Muhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad
    Muhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad Selasa, 2 Jun 2009 pada 12:21:00 PG SGT

    ibunya b'tudung laboh dan berbadan gempal.. maka sukar sedari yg dia mengandung.. kesian sihh!! mungkin dia sedar atau tidak aq x tau.. dia 2 s*hoolm*te ku..

Add Comment
comment url